Apa yang dirindui tentang Manchester?
Benar aku memang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Sejak dari kecil sehinggalah dewasa cita-cita itu tidak pernah terpadam, terhakis walau dikit. Kerana azam dari kecil mahu mengikuti jejak langkah abah aku yang melanjutkan pelajarannya di sana, maka dengan berkobar-kobarnya aku berusaha untuk menempatkan diri serta mencari dana tajaan ke sana. Berkat usaha serta bantuan serta redha Ilahi maka 7 February 2014 berangkatlah aku seorang diri ke bumi ratu itu. Melambai suami, mama, abah, along dan ida di KLIA. Aku sematkan di jiwa, aku harus kuat namun sebak di dada tidak dapat kuelak serta air mata berlinang diseka sedari awal-awal sebelum menjamah pipiku. Terasa kosong saat menaiki train ke terminal antarabangsa. Melihat suami aku bermata sayu saat lambaian terakhir menghantar aku ke lembah rindu. Sayu namun perlu akan perpisahan itu. Aku harus pergi menggapai cita-cita sejak kian lama. Selepas hampir dua bulan barulah suami aku menyusulku ke sana. Setiap ha