Selamat Hari Raya

Tahun ini kami beraya di bumi Malaysia. Seronok bak hang. Semua yang pernah bersarang dalam otak akan makanan kegemaran semua aku bantai cari dan makan. Seronok mama dan mak mertua serta suami aku sekali melayan sahaja aku mengidam itu dan ini.

Membulat? Biasalah badan orang ada isi lah katakan. Namun aku bahagia, seronok membulatkan diri untuk baby tercinta.

Raya ketiga,
Ada sedikit masalah, sedikit bleeding maka terpaksa berkejar ke emergency unit di Hospital Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan. Asalnya mahu dimasukkan diri ini ke dalam wad untuk pemerhatian namun setelah diperiksa dibenarkan pulang dengan syarat perlu merehatkan diri. Baring sahaja. kikiki. Jadi permisuri sangat. kakakaka

Dan hari ini aku dah lost track Syawal yang keberapa. Tapi bagi aku hanya Syawal 1,2 dan 3 terasa akan kemeriahan raya itu. Selebihnya masing2 kembali ke ibu kota meneruskan rutin seperti sediakala.

Aku bertukar-tukar station. sekali aku wujud di kelantan. sekejap timbul di kuala terengganu. kikiki. biasalah dah kahwin ada dua kampung. dua-dua memerlukan belaian dan perhatian aku. kakakaka.

Tak sempat beraya bersama nenek mertua apabila beliau dipanggil Ilahi 27Ramadhan yang lalu. Alhamdulillah kami sempat balik dari perantauan dan menjenguk mek.

25 July 2015, Adik ipar bertukar status menjadi seorang suami.

1 August 2015, Reception di Tanah Merah, Kelantan.

Banyak peristiwa-peristiwa yang menggamit hati, melucukan, memberi ketidak selesaan dalam hati sepanjang sebulan di tanahair namun biarkan yang tidak kutulis di sini menjdi rahsia hati. semoga kita semua dalam redha serta lindungan Ilahi.


Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?