Posts

Showing posts from September, 2015

Campak

Campak Tercampak.. Dalam suatu ruang waktu, Membuai aku, Dalam suatu memori rindu... Saat aku, Menjadi isterimu, Detik aku, Terharu, Kau mampu, Menjadikan aku, Milikmu.. Kini kita, Menanti nyawa, Yang telah lama, Kita bersama, Nanti kehadiran dirinya.. Nukilan: Wan Naqiyyah binti Wan Hassan, 11.49am, 11 September 2015, Kuala Terengganu

30 weeks

Pejam celik-pejam celik dah berusia 30 weeks anak mommy dalam ni kan. Tak sabar mommy nak kiss dan hug anak sulung mommy ni. Dah lama mommy tunggu.. Nakal juga Arianna ni kan. Selalu tendang mommy. Semakin aktif. Tapi mommy tak kisah sayang. Yang penting anak mommy sihat-sihat sahaja dalam tu. Jom sama-sama dengan mommy buat kerja sekolah mommy. Ada sikit lagi nak siapkan ni sebelum kita bertentang mata. hihihi. Love you my Arianna Elok-elok kat dalam tu tau, Nanti kita bertemu ;)

Harta

Kehulu kehilir mengira, Panjat sini panjat sana, Biar tebal poket dunia, Hidup selesa pangkat dijaja.. Walau selautan hartamu teman, Walau setinggi gunung tak terhabiskan, Namun ingatlah itu pinjaman, Bila-bila dapat ditarik Tuhan.. Harta bertimbun bukan jaminan, Untuk bahagia di alam kemudian, Kerana harta akhirat disiakan, Senyum ibu, tawa bapa telah terpinggirkan.. Biarlah papa di dunia, Jangan merangkak mengemis di sana, Doa mereka tangis mereka, Entah bila Tuhan hentikan, Dari kita yang sentiasa dahagakan, Belai insan-insan jambatan syurga Tuhan, Yang kita dambakan.. Tidaklah selamanya kita di dunia, Tidaklah selamanya diulit selesa, Tidaklah selamanya kita sihat sahaja, Pabila dipanggil pulang ke sana, Biarlah senyuman mereka, Manisnya seakan mula-mula, Kita dipangku dalam derita, Ibu melahirkan tersenyum bangga, Bapa azankan terharu membina.. Akhiratlah tempat kita, Jangan derhaka, Maaf dipinta, Jika ada yang tak kena, Jika ada yang tak selesa, Sesungguhnya redha

Tiga

Detik demi detik, saat tadi berganti minit, minit bertukar jam, jam bertukar hari, hari berganti minggu, minggu terus menjadi bulan, bulan menjadi tahun, kini sudah tiga tahun. Banyak sudah langkah kita lalui bersama, tidaklah semuanya suka, ada masa ada duka, namun tak selamanya diuji Pencipta, habis gelap terang menjelma, habis duka terbitlah tawa.. Tiga, Suatu angka, Yang aku jangka, Pertambahannya, Sampai bila-bila, Biar sampai syurga.. Tiga, Lama kita tunggu cahaya, Syukur nanti teranglah kita, Cahaya sudah mahu tiba, Segalanya kuasa Maha Esa.. Tiga, Masih jauh liku, Mahu kita tuju, Masih samar bucu, Yang mana mahu.. Tiga, Aku doa kita, Terus terusan bercinta, Biar cahaya, Makin banyak tercipta, Biar makin terang pondok kita, Atau patut kukiaskan mahligai kita bersama, Lagi sedap akan bunyinya, Atau patut kucoret syurga kita berdua, bertiga...dan seterusnya.. Tiga, Selamat ulangtahun suami tercinta, Kau bawa jiwa, Kau lakar bahagia, Biarkan aku saja yang