Tiga
Detik demi detik, saat tadi berganti minit, minit bertukar jam, jam bertukar hari, hari berganti minggu, minggu terus menjadi bulan, bulan menjadi tahun, kini sudah tiga tahun.
Banyak sudah langkah kita lalui bersama, tidaklah semuanya suka, ada masa ada duka, namun tak selamanya diuji Pencipta, habis gelap terang menjelma, habis duka terbitlah tawa..
Tiga,
Suatu angka,
Yang aku jangka,
Pertambahannya,
Sampai bila-bila,
Biar sampai syurga..
Suatu angka,
Yang aku jangka,
Pertambahannya,
Sampai bila-bila,
Biar sampai syurga..
Tiga,
Lama kita tunggu cahaya,
Syukur nanti teranglah kita,
Cahaya sudah mahu tiba,
Segalanya kuasa Maha Esa..
Lama kita tunggu cahaya,
Syukur nanti teranglah kita,
Cahaya sudah mahu tiba,
Segalanya kuasa Maha Esa..
Tiga,
Masih jauh liku,
Mahu kita tuju,
Masih samar bucu,
Yang mana mahu..
Masih jauh liku,
Mahu kita tuju,
Masih samar bucu,
Yang mana mahu..
Tiga,
Aku doa kita,
Terus terusan bercinta,
Biar cahaya,
Makin banyak tercipta,
Biar makin terang pondok kita,
Atau patut kukiaskan mahligai kita bersama,
Lagi sedap akan bunyinya,
Atau patut kucoret syurga kita berdua, bertiga...dan seterusnya..
Aku doa kita,
Terus terusan bercinta,
Biar cahaya,
Makin banyak tercipta,
Biar makin terang pondok kita,
Atau patut kukiaskan mahligai kita bersama,
Lagi sedap akan bunyinya,
Atau patut kucoret syurga kita berdua, bertiga...dan seterusnya..
Tiga,
Selamat ulangtahun suami tercinta,
Kau bawa jiwa,
Kau lakar bahagia,
Biarkan aku saja yang rasa,
Indahnya..
Kau bawa jiwa,
Kau lakar bahagia,
Biarkan aku saja yang rasa,
Indahnya..
Detik aku kau yang punya..
Nukilan: Wan Naqiyyah binti Wan Hassan, 1223am, 1 September 2015, Malaysia.
Comments
Post a Comment