Harta

Kehulu kehilir mengira,
Panjat sini panjat sana,
Biar tebal poket dunia,
Hidup selesa pangkat dijaja..
Walau selautan hartamu teman,
Walau setinggi gunung tak terhabiskan,
Namun ingatlah itu pinjaman,
Bila-bila dapat ditarik Tuhan..
Harta bertimbun bukan jaminan,
Untuk bahagia di alam kemudian,
Kerana harta akhirat disiakan,
Senyum ibu, tawa bapa telah terpinggirkan..
Biarlah papa di dunia,
Jangan merangkak mengemis di sana,
Doa mereka tangis mereka,
Entah bila Tuhan hentikan,
Dari kita yang sentiasa dahagakan,
Belai insan-insan jambatan syurga Tuhan,
Yang kita dambakan..
Tidaklah selamanya kita di dunia,
Tidaklah selamanya diulit selesa,
Tidaklah selamanya kita sihat sahaja,
Pabila dipanggil pulang ke sana,
Biarlah senyuman mereka,
Manisnya seakan mula-mula,
Kita dipangku dalam derita,
Ibu melahirkan tersenyum bangga,
Bapa azankan terharu membina..
Akhiratlah tempat kita,
Jangan derhaka,
Maaf dipinta,
Jika ada yang tak kena,
Jika ada yang tak selesa,
Sesungguhnya redhamu abah, redhamu mama,
Adalah harta paling bermakna,
Untuk aku berjaya bukan saja dunia,
Malah akhirat jua..
Selamat ulangtahun ke 62 Abah tercinta,Wan Hassan Ismail
Semoga Abah sihat dan ceria,
Doakan Qiqi dan Aizat bahagia,
Doakan Along, Amir, Zana, Alisha, Ammar, Ida, Ira, Ila dan Arif jua,
Bersama-sama meniti syurga,
Dalam dakapan doa dan redha kalian berdua..
Nukilan: Wan Naqiyyah binti Wan Hassan 1036pm, 7 September 2015, Kuala Terengganu.

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?