Posts

Showing posts from November, 2017

air mata ibu

Ariana Naqiyyah adalah seorang anak yang aktif dan lasak bermain. Namun, saat ulangtahun kedua (13 November 2017), dia tidak sihat. Dia demam dan cirit lalu membuatkan sambutan hari lahir beliau tidak dapat dijalankan. Adalah sangat sedih kerana mommy belum mampu sediakan kek birthday Anna sebab tak cukup masa. Mengimbau kenangan setahun yang lalu birthday Anna disambut di rumah nenek. Sejurus pulang dari OBS, mommy dan daddy balik Kuala Terengganu untuk sambut hari jadi Anna. Rupanya nenek dah siapkan awal-awal kek Secret Recipe untuk Anna. Maafkan mommy sayang mommy. Mommy bercuti untuk jaga Anna semalam tapi tak dapat keluar belikan Anna kek ulangtahun sebab Anna tak sihat. Mommy doakan Anna sihat seperti sediakala dan mempunyai segala yang seorang insan inginkan di dunia dan di akhirat. Pinjamkan aku sedikit masa, Agar dapat aku teroka, Saat dia membesar depan mata.. Pinjamkan aku telinga, Agar dapat aku senantiasa, Mendengar keluh dan cerita, Dari bebelan si dia..

Pembudayaan Amalan Kitar Semula Dalam Masyarakat

Amalan kitar semula telah lama diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia. Masih terbayang lagu iklan kempen yang kerap dimainkan di televisyen. Seakan baru semalam kempen tersebut rancak berjalan namun hakikatnya telah berbelas tahun berlalu. Aku lihat ada empat warna tong berbeza untuk pelbagai sampah yang berbeza sifat dan medium yang disediakan di sekolah aku. Aku singkap kembali memori bertahun lalu untuk berbicara tentang pembudayaan amalan kitar semula dalam masyarakat berkisar mentaliti, penguatkuasaan dan cukai majlis perbandaran. Mentaliti adalah keadaan atau kualiti kebolehan akal untuk berfikir menurut kamus Dewan. Mentaliti sering menjadi buah topik jika berlaku krisis atau permasalahan di kalangan masyarakat Malaysia. Diomongkan dan dikatakan memiliki mentaliti kelas ketiga merupakan sinis yang masyarakat tidak boleh terima. Namun pemerhatian tetap menunjukkan mentaliti kelas ketiga sangat meruncing di kalangan masyarakat di Malaysia. Tidaklah semua mempunyai mentaliti yang s