Pembudayaan Amalan Kitar Semula Dalam Masyarakat
Amalan kitar semula telah lama diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia. Masih terbayang lagu iklan kempen yang kerap dimainkan di televisyen. Seakan baru semalam kempen tersebut rancak berjalan namun hakikatnya telah berbelas tahun berlalu. Aku lihat ada empat warna tong berbeza untuk pelbagai sampah yang berbeza sifat dan medium yang disediakan di sekolah aku. Aku singkap kembali memori bertahun lalu untuk berbicara tentang pembudayaan amalan kitar semula dalam masyarakat berkisar mentaliti, penguatkuasaan dan cukai majlis perbandaran.
Mentaliti adalah keadaan atau kualiti kebolehan akal untuk berfikir menurut kamus Dewan. Mentaliti sering menjadi buah topik jika berlaku krisis atau permasalahan di kalangan masyarakat Malaysia. Diomongkan dan dikatakan memiliki mentaliti kelas ketiga merupakan sinis yang masyarakat tidak boleh terima. Namun pemerhatian tetap menunjukkan mentaliti kelas ketiga sangat meruncing di kalangan masyarakat di Malaysia. Tidaklah semua mempunyai mentaliti yang serupa namun kerana telah terbiasa dengan amalan yang kurang elok maka seluruhnya terlalu biasa seakan berbuat dosa telah menjadi darah daging.
Kesediaan mentaliti penduduk di Malaysia untuk berubah menjadi lebih baik adalah diharapkan dapat memberi impak yang khusus kepada pembudayaan amalan kitar semula dalam masyarakat. Perubahan positif dalam mentaliti masyarakat haruslah disuntik melalui kempen kesedaran dan iklan. Iklan ini tidak perlu terhad hanya untuk iklan di kaca televisyen namun di radio dan di papan-papan kenyataan juga turut sama dijalankan demi menjana mentaliti yang lebih positif. Jika mahu melentur buluh, biarlah dari rebungnya, dikiaskan pepatah ini kerana pendekatan didikan sedari awal dapat mencerminkan perubahan positif di dalam mentaliti sejagat. Pendedahan kepada amalan kitar semula patut dirancakkan sejak di pra sekolah lagi. Dasar pandang ke timur, saranan mantan perdana menteri ke empat, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad, haruslah tidak terhad kepada perkembangan ekonomi, politik dan sosial di negara Jepun malahan cara mereka mengajar pelajar pra sekolah untuk menghormati pekerja pembersihan haruslah turut menjadi titik tolak dalam merencanakan mentaliti positif di kalangan pelajar pra sekolah. Selain itu, mentaliti ibu bapa juga perlu diubah menjadi lebih positif untuk melahirkan generasi yang memiliki mentaliti kelas pertama.
Mempunyai rezeki melanjutkan pelajaran ke Bumi Ratu telah sedikit sebanyak membuka minda aku untuk mengubah mentaliti kelas ketiga yang dulunya bersekongkol dalam diriku ini. Konsep ihsan yang aku belajar dalam Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) yang bermaksud melakukan sesuatu seakan Allah SWT melihat apa yang kita kerjakan itu seakan membantu aku menukar mentaliti kelas ketiga yang aku ada. Menurut Hadith Riwayat Bukhari, Rasulullah SAW menyatakan Ihsan itu sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu. Penduduk di United Kingdom sangat menitik beratkan mentaliti kelas pertama yang mereka punyai dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Sebagai contoh, selepas makan di restoren makanan segera, mereka akan angkat dulang dan sisa makanan mereka ke tempat sepatutnya. Berbeza dengan masyarakat di Malaysia yang hanya meninggalkan sisa makanan bersepah di atas meja. Di rumah yang aku duduki di sana mempunyai empat tong sampah untuk setiap jenis sampah. Kami juga turut dibekalkan plastik biodegrasi untuk sisa makanan. Jika kami tidak menggunakan plastik tersebut dan memasukkan sampah mengikut kategori maka sampah tidak akan dikutip.
Sejujurnya di peringkat awal, aku tidak menggunakan plastik tersebut kerana tidak mempunyai informasi tentang itu, namun jiran aku telah membantu aku mengenai hal ini. Jelas beliau jika tidak melaksanakan arahan majlis perbandaran maka sampah kami tidak akan dikutip yang akan menyebabkan penyebaran bau yang kurang menyenangkan. Terdapat lori sampah yang berbeza mengikut hari untuk mengutip sampah-sampah yang tersebut. Maka, mentaliti aku terjana positif dengan kisah kitar semula yang berlaku di Bumi Ratu. Berbeza dengan di Malaysia, tong sampah kitar semula tidak disediakan untuk setiap unit rumah. Maka, kesedaran penduduk di Malaysia untuk mengitar semula sampah hanya terhad untuk mereka yang benar-benar mempunyai semangat waja untuk membeli tong-tong yang berbeza untuk perkara ini. Namun, jika lori yang mengutip sampah tidak dikelaskan mengutip mengikut jenis, maka usaha mereka adalah sia-sia seakan menabur garam ke lautan. Maka, pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) haruslah mempunyai pelan rekoveri untuk menyokong usaha penduduk yang positif mengitar semula sisa rumah mereka.
Aku cukup pantang dan berangin jika di saat aku memandu, kenderaan di depan membuang sampah keluar dari kenderaan mereka seakan tidak bersalah hatta seputung rokok sekalipun. Mentaliti mereka yang tidak mampan itu bukan sahaja mengotorkan jalan raya namun turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain kerana malang itu tidak berbau. Bayangkan jika putung rokok yang masih berapi itu diterbangkan ke tempat yang mempunyai bahan cepat terbakar, maka kemalangan jiwa dapat berlaku. Maka, pembudayaan amalan kitar semula hanya dapat dilaksanakan dengan sempurna dengan perubahan positif mentaliti masyarakat secara keseluruhannya.
Penguatkuasaan yang mampan haruslah dihalusi oleh pihak berwajib bagi membudayakan kitar semula dalam masyarakat Malaysia. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sampah tidak akan dilayan dan dikutip jika tidak mengikut arahan. Maka, pihak berwajib haruslah menggunakan kaedah ini untuk melatih dan mengajar penduduk Malaysia untuk patuh kepada arahan. Arahan ini kemudiannya akan menjadi rutin penduduk sehari-hari dan akhirnya akan menjadi mentaliti yang positif untuk penduduk Malaysia.
Penguuatkuasaan yang mampan hanya dapat dilakukan dengan berjaya jika mempunyai modal yang besar. Maka, sokongan kewangan seperti cukai majlis perbandaran haruslah dikutip sewajarnya mengikut kawasan. Cukai tersebut haruslah dikutip secara berkala dan mengikut kesesuaian. Sebagai contoh setahun sekali ataupun sebulan sekali. Pengutipan cukai mengikut bulan ataupun tahun haruslah dikaji semampannya oleh pihak berkuasa berwajib bagi melestarikan pembudayaan amalan kitar semula.
Pembudayaan amalan kitae semula ini adalah suatu usaha yang murni dan patut diberi sokongan yang padu kepada Kerajaan dalam menjayakannya. Oleh itu mentaliti masyarakat yang lebih positif, penguatkuasaan yang mampan serta sokongan kewangan (cukai majlis perbandaran) haruslah dikaji cara melaksanakannya dengan berkesan demi melihat pembudayaan amalan kitar semula dapat dijalan dengan sebaiknya. Negara kita tanggungjawab kita, bumi Malaysia bukan tong sampah.

Comments
Post a Comment