air mata ibu

Ariana Naqiyyah adalah seorang anak yang aktif dan lasak bermain. Namun, saat ulangtahun kedua (13 November 2017), dia tidak sihat. Dia demam dan cirit lalu membuatkan sambutan hari lahir beliau tidak dapat dijalankan. Adalah sangat sedih kerana mommy belum mampu sediakan kek birthday Anna sebab tak cukup masa. Mengimbau kenangan setahun yang lalu birthday Anna disambut di rumah nenek. Sejurus pulang dari OBS, mommy dan daddy balik Kuala Terengganu untuk sambut hari jadi Anna. Rupanya nenek dah siapkan awal-awal kek Secret Recipe untuk Anna.

Maafkan mommy sayang mommy. Mommy bercuti untuk jaga Anna semalam tapi tak dapat keluar belikan Anna kek ulangtahun sebab Anna tak sihat.

Mommy doakan Anna sihat seperti sediakala dan mempunyai segala yang seorang insan inginkan di dunia dan di akhirat.


Pinjamkan aku sedikit masa,
Agar dapat aku teroka,
Saat dia membesar depan mata..

Pinjamkan aku telinga,
Agar dapat aku senantiasa,
Mendengar keluh dan cerita,
Dari bebelan si dia..

Pinjamkan aku sebongkah sabar,
Agar terbela tiap amarah,
Biar dia rasa selesa,
Untuk meneroka dunia..

Wahai anakku Ariana,
Walau jauh dunia ingin kau teroka,
Jangan kau lupa akan ibumu yang bergadai nyawa,
Untuk memastikan kamu punya,
Udara dunia..

Wahai anakku Ariana,
Bila tiba suatu masa,
Kamu diberi nikmat dewasa,
Jangan lupa Pencipta,
Tunduk padaNya,
Sujud sentiasa..

Wahai anakku Ariana,
Mommy akan berdoa sentiasa,
Agar setiap isi dunia,
Kau dapat teroka dengan berjaya,
Kau diberi akal yang luar biasa,
Kau diberi belas Maha Esa..

Wahai anakku Ariana,
Mommy akan sentiasa berada,
Di sisimu untuk mendakap manja,
Namun jika tiba suatu masa,
Mommy sudah tidak ada,
Untuk mengucup Anna,
Kirimkan gugusan doa,
Untuk kita tetap bahagia,
Walau dalam fasa berbeza..

Wahai anakku Ariana,
Mommy sering berdoa,
Agar yang Maha Esa,
Pinjamkan mommy suatu usia,
Agar mommy tetap bisa,
Melihat kau dewasa,
Berselimut kejayaan dunia,
Dipeluk keselesaan syurga..

Nur Ariana Naqiyyah Binti Mohd Aizat,
Terima kasih kerana hadir,
Dalam diari mommy di dunia,
Sejak kamu ada,
Segala yang indah mommy teroka,
Setiap gerimis dapat diseka..

Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?