Posts

Showing posts from May, 2020

Rindu

Rindu itu sebuah rasa, Mendiami hati manusia, Buat seseorang yang tiada, Di hadapan mata.. Rindu itu kisah nyata, Sesak di dada, Saat rindu menjelma, Kau yang kupuja.. Rindu itu hanya aku rasa, Sebak itu aku punya, Tiap masa yang tiba, Tiada pernah alpa, Rindu ini menjelma.. Rindu itu suatu sepi, Sepi tidak diisi, Dalam hati tidak memiliki, Secebis ruang di sanubari.. Rindu pada sebuah memori, Yang tak mungkin kembali.. Rindu itu indah, Jika berarah.. Rindu itu indah, Tidak pernah sudah.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 10.45am, 28 May 2020

Seloka Raya (Jauh)

Jauh tak terlihat mata, Namun hati berpaut sentiasa, Lain raya kita, Tiada peluang bersua.. Jauh kampung dan desa, Tidak merasa udara, Suasana aidilfitri di desa, Kerana virus corona melanda, Kami setia di kota.. Jauh dari keluarga, Sayu laungan takbir terasa, Terus berdoa pada Yang Maha Esa, Agar seluruh keluarga, Walau di mana berada, Sentiasa dilimpah cahaya, Dalam rahmat kesihatan sempurna.. Jauh sahabat jua keluarga, Hanya sekadar seloka biasa, Kucoretkan untuk dibaca, Hadiah kepada semua, Pengganti diri yang jauh dari sempurna.. Jauh tangan huluran kasih, Jauh tangan tidak diraih, Jauh sekali mahu merintih, Redha Dia mahu diperoleh.. Jauh sudah seloka ini, Kelaut terdalam sudah pergi, Sekadar menulis untuk mengisi, Ruang kosong di sanubari, Dan sebagai pengganti diri, Untuk ucapkan salam aidilfitri, Buat semua yang mengenali, Terutama En Huzaimi.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.18am, 21 May 2020

Sesal

Sesal membelengguku, Kerana saat dihadiahi ruang peluang, Aku tidak pula pulang, Ke suatu halaman.. Saat ditarik Maha Esa, Ruang peluang ke desa, Aku teriak dalam tawa, Tawa kecewa, Tangis bergema.. Sesal kerana peluang kupunya, Aku sia-sia, Kini peluang tiada, Teresak aku tidak berguna.. Sesal aku sendiri, Menyesali tiap khilaf diri.. Ya Tuhan, Kumohon sebuah harapan, Kembali ke halaman.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 8.56am, 21 May 2020

Pulang

Senyum hilang, Tawa tanpa girang, Aku mahu pulang, Namun dilarang.. Pulang itu aku harapkan, Ke suatu halaman, Secangkir kebahagiaan.. Pulang itu aku tuju, Ke suatu rindu, Sesuatu pilu.. Pulang itu aku mahu, Walau dalam mimpiku, Biar berlalu, Selaman rindu.. Pulang ke suatu ruang, Hadir kau peluang, Biar kembali riang, Di suatu sosok lapang.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 8.47am, 21 May 2020

PELUANG

Mampu merancang, Dia tentukan, Mampu karang, Namun peluang, Hanya Dia pegang.. Diberi peluang, Diberi ruang, Mencari jalan, Untuk pulang, Ke mana hilang? Masih di sini, Tiada pergi, Seakan menyendiri, Namun setia menghantui.. Peluang, Ruang, Buang, Pulang.. Buang, Pulang, Ulang, Peluang.. Adakah peluang untuk mencari ruang jalan pulang? Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 3.49pm, 20 May 2020