Sesal

Sesal membelengguku,
Kerana saat dihadiahi ruang peluang,
Aku tidak pula pulang,
Ke suatu halaman..

Saat ditarik Maha Esa,
Ruang peluang ke desa,
Aku teriak dalam tawa,
Tawa kecewa,
Tangis bergema..

Sesal kerana peluang kupunya,
Aku sia-sia,
Kini peluang tiada,
Teresak aku tidak berguna..

Sesal aku sendiri,
Menyesali tiap khilaf diri..

Ya Tuhan,
Kumohon sebuah harapan,
Kembali ke halaman..

Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 8.56am, 21 May 2020

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?