Seloka Raya (Jauh)
Jauh tak terlihat mata,
Namun hati berpaut sentiasa,
Lain raya kita,
Tiada peluang bersua..
Jauh kampung dan desa,
Tidak merasa udara,
Suasana aidilfitri di desa,
Kerana virus corona melanda,
Kami setia di kota..
Jauh dari keluarga,
Sayu laungan takbir terasa,
Terus berdoa pada Yang Maha Esa,
Agar seluruh keluarga,
Walau di mana berada,
Sentiasa dilimpah cahaya,
Dalam rahmat kesihatan sempurna..
Jauh sahabat jua keluarga,
Hanya sekadar seloka biasa,
Kucoretkan untuk dibaca,
Hadiah kepada semua,
Pengganti diri yang jauh dari sempurna..
Jauh tangan huluran kasih,
Jauh tangan tidak diraih,
Jauh sekali mahu merintih,
Redha Dia mahu diperoleh..
Jauh sudah seloka ini,
Kelaut terdalam sudah pergi,
Sekadar menulis untuk mengisi,
Ruang kosong di sanubari,
Dan sebagai pengganti diri,
Untuk ucapkan salam aidilfitri,
Buat semua yang mengenali,
Terutama En Huzaimi..
Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.18am, 21 May 2020
Namun hati berpaut sentiasa,
Lain raya kita,
Tiada peluang bersua..
Jauh kampung dan desa,
Tidak merasa udara,
Suasana aidilfitri di desa,
Kerana virus corona melanda,
Kami setia di kota..
Jauh dari keluarga,
Sayu laungan takbir terasa,
Terus berdoa pada Yang Maha Esa,
Agar seluruh keluarga,
Walau di mana berada,
Sentiasa dilimpah cahaya,
Dalam rahmat kesihatan sempurna..
Jauh sahabat jua keluarga,
Hanya sekadar seloka biasa,
Kucoretkan untuk dibaca,
Hadiah kepada semua,
Pengganti diri yang jauh dari sempurna..
Jauh tangan huluran kasih,
Jauh tangan tidak diraih,
Jauh sekali mahu merintih,
Redha Dia mahu diperoleh..
Jauh sudah seloka ini,
Kelaut terdalam sudah pergi,
Sekadar menulis untuk mengisi,
Ruang kosong di sanubari,
Dan sebagai pengganti diri,
Untuk ucapkan salam aidilfitri,
Buat semua yang mengenali,
Terutama En Huzaimi..
Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.18am, 21 May 2020
Comments
Post a Comment