Rasa
Rasa itu aku alami,
Suka tika kau senyum,
Suka dengar perihal kau,
Suka bila teringatkan kau..
Kadang semua orang boleh kata,
Sila pergi dari tiap luka,
Tapi benarkah aku yang terleka,
Sampai luka pun aku rasa bahagia?
Saat kau tidak lagi depan mata,
Indah memori yang tercipta,
Buat aku terleka walau luka,
Atau patut aku kata,
Itu bukan luka,
Namun cebisan sisa,
Bahagia..
Yang pernah tercipta,
Antara aku dan dia..
Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 3.43pm, 1 Oktober 2020
Comments
Post a Comment