KASIHMU SAMPAI KE SYURGA..
Sejuta kali kemaafan kupinta,
Rasaku masih belum dapat kulangsai,
Hutangku padamu hingga ke hujung nyawa,
Tiada pernah berkurang walau untuk satu ketika…
Kasihmu tulus dan suci terhadapku,
Walau kering air mataku menangisimu,
Namun belum mampu menganti air matamu,
Yang gugur kerana kedegilan diriku…
Maafkan atas segala kesusahan,
Yang aku ciptakan,
Untuk kalian..
Maaf andai kataku tidak terjaga,
Tingkahku merudum rasa,
Suaraku terkuat dalam berbicara,
Ekspresiku ada yang tidak kena,
Di mata kalian berdua…
Mama dan abah yang qi rindui,
Kalian adalah insan yang qi paling sayang di dunia ini,
Kalianlah kekuatan yang qi ada untuk meneruskan tanggungjawab di muka bumi ini,
Kalianlah juga inspirasi qi untuk terus berusaha dan tidak kenal erti putus asa dalam diri…
Abah dan mama,
Qiqi tahu kalian banyak terasa,
Dengan perangai qi yang entah apa-apa,
Tegurlah qi jika masih mengulangi kesilapan yang sama,
Didiklah qi selagi kalian terdaya,
Sesungguhnya qi kurang dalam segala perkara,
Namun kasih serta sayang qi untuk kalian berdua,
Melebihi segala-gala isi di dunia…=)
Kepada mama yang qi sayang tidak terperi,
Halalkan susu yang mama beri,
Sesungguhnya susu mama sedap sekali,
Tiada yang mampu mengganti…
Kepada abah yang qi sayang sangat,
Terima kasih kerana menjadi bapa yang hebat,
Terima kasih kerana sanggup mengeluarkan sepenuh keringat,
Bagi memastikan qi dan yang lain dapat,
Melalui kehidupan yang sedap..=)
28 December 2010,2.38am
Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan

Comments
Post a Comment