PeLaNGi

Kadang-kadang aku soal bulan,
Kenapa engkau tidak kelihatan?
Lalu bulan beri jawapan,
Aku disebalik awan..

Seringkali aku tanya mentari,
Ke mana kau pergi?
Kemudian jawabnya dengan berani,
Kerana hujan mahu ke mari,
Lantas aku bertanya lagi,
Namun mengapa kau perlu pergi?
Lalu mentari menjelaskan secara terperinci,
Agar aku bisa kembali lagi dengan membawa pelangi,
Yang bakal menyinari,
Hari-harimu Qiqi,
Lantas aku balas lagi,
Pelangi amat aku gemari,
Kehadirannya pasti kunanti,
Dengan penuh kesabaran di sanubari..=)

"Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau benarkanlah janji mentari padaku,
Untuk membawa pelangi yang dekat di kalbu,"

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?