Posts

Showing posts from August, 2011

Adikmu yang merindui;

Walau jauh mata tiada bertentang, walau berbatu-batu jarak terhalang, namun kamu tiada hilang, dalam hati tetap kukenang.. riuh rendah mercun tak sudah, takbir raya terasa indah, indah lagi jika dirimu disebelah, bertikam lidah tiada mahu mengalah, namun itulah, kegembiraan sebuah, ikatan terindah, kau kakak harus beralah..=P Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,926pm, 29 August 2011

Seloka Raya lagi..

Takbir raya kembali dialunkan, terasa sayu saat berjauhan, teringat sebuah kenangan, walau jauh dari pandangan, sering di ingatan.. rendang lemang juadah kebiasaan, nasi itali tiada dilupakan, namun kamu yang jauh diperantauan, apakah juadah yang bakal disediakan? bunyi mercun tersangatlah bingit, sampai tok terjerit-jerit, kuih kacang,emping jagung madu dan semperit, semua tersedia berderet-deret, jom beraya ke kubang parit..(Huahuahuahuahuahua) -ok,xde idea dah,nanti kukarang yang baru.. To: Wan Najihah Farhanah Wan Hassan @Surrrey,UK Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,914pm,29 August 2011,KT

Those memories.....2

Nowadays, there are various kinds of methods to convey the Eid Ul Ftri wishes such as through FB,Twitter,Email,SMS,MMS and etc. However, in the past time, the wishes usually have been made by sending Eid Ul Fitr cards to family,friends,relatives,teachers,lecturers and the loved one. While busying tidied up my room this morning, i found an Eid Ul Fitr. the card was received on November 2004. in front of the card printed Kolej Mara Kulim.at my first glanced, i felt happy and little bit funny when reading up what the sender wrote on the card but suddenly, i felt something unbearable that i can't even describe at all.i showed it to my mom and said that at first i was happy then i felt the unbearable feeling that can't be elaborated with words... Later, i did find others cards,those all received from my school's friends and camp's friends but the feeling wasn't the same as the 1st card that has been found. to all my dear readers, Salam Syawal. forgive me for eve

Those memories.....

1st syawal would be tomorrow,hence from last night i've been cleaning. this morning i cleaned my bedroom with my sister Ida. i cleaned it thoroughly,and now i just landed on the new bed sheet pink in colour,same goes to the wall colour..uhuh~ my father just came by 30minutes ago,said that this room should be repainted and asked the suitable colour,as he was wearing green colour shirt,he said green would be nice.erm,i couldn't agree more as i was too tired too reply.hoho~ the above sentences are only kinds of introduction for the cleaning work.the point that i want to emphasize here is the thing that i have found when doing the work. to be continued...,as my mother came by and said hurry up!!!

detik-detik pemergian

detik-detik semakin pergi, titik-titik menemani, hujan tidak berhenti, sejak dua tiga hari, seolah menangisi pemergian kali ini, ramadhan semakin menjauhi.. ramadhan kali ini, kusambut gembira sekali, dan pabila syawal mula munculkan diri, tangis membasahi pipi.. cukup indah ramadhan ini, bersama seluruh famili, bersahur,berbuka semua sekali, pergi masjid beriringi.. mungkinkah ini bisa lagi, terukir dalam diari ini, ramadhan apakah kembali, untuk aku isi? ramadhan jangan berlalu pergi, kesedihan menyelubungi, apakah kau kembali, untuk aku jalani, atau mungkin aku sudah pergi, tika kau kembali nanti.. pohon maaf andai khilaf kata, mahupun tercacat perangai, lirikan ada menggores rasa, sesungguhnya kutidak sempurna.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,121am, 29 August 2011,29 Ramadhan 1432H,Kuala Terengganu

Allah itu Ada..

Tika duka menyelimuti jiwa, yakin Allah pasti bersama, mengira deraian mutiara, dari sepasang mata, mengalir deras membasahi muka.. Tika terasa sepi, yakin Allah sentiasa di sisi, menemani nurani.. Tika tiada teman bicara, panjatkan doa padaNya, bermunajat sentiasa, agar terasa terisi jiwa.. Tika pergi insan tercinta, membawa pergi separuh jiwa, yakin Allah tak akan lupa, mengganti seorang pendamping jiwa, yang akan menghapus setiap deraian air mata, yang memberi damai jiwa, yang mencipta bahagia, pelengkap hidup di dunia, insyaAllah jua di sana.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 712am, 11 August 2011

tentang kamu

masih segar dalam benakku, tika lenaku terganggu, saat mimpiku tiada lagi berlagu, detik kau pergi dulu.. tiap malam kucatat sesuatu, luahan hatiku, yang kau tak mahu tahu, aku simpan ia kemas dalam fail itu.. pernah jua, lagu tanpa, menjadi halwa telinga, deraian air mata, tak lekang membasahi muka.. ada juga ketika, aku menconteng nota, namumu terukir nyata, teman membuat salinan nota, bukan satu malah lima, semua nota mereka, tersulam namamu bersama.. namun, Allah maha mengetahui segalanya, Dia maha mendengar cebisan doa, maha mengira deraian air mata, dalam berzikir memujiNya, dalam butiran tasbih lama, dalam solat setiap ketika.. saat kumasih bernyawa, saat masa pergi belum tiba, saat aku punya masa, akan aku terus berdoa, agar kau sentiasa bahagia, agar senyuman yang aku suka, tetap kau cipta, walau bukan aku yang temani rasa, walau bukan aku yang bertakhta.. Dalam jiwa.... Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 201am,9 August 2011

Kaer - Izinku Pergi

Image

Jika Ramadhan ini..

jika ramadhan ini, terakhir buat diri, apakah sudah siap serba serbi? jika ramadhan ini, ramadhan terakhir kali, tidak kubiar berlalu pergi, namun masa tetap berlalu meninggal diri, lapan ramadhan menjengah lagi, buat tahun ini, adakah ramadhan kali ini, dapat aku habisi? jika ramadhan ini, yang terakhir untuk dihiasi, akan kuukir seindahnya tidak terperi, akan kusulam agar peroleh keberkatan Ilahi, akan kugubah agar tidak aku sesali, kerana mungkin ia tidak lagi aku temani.. sedetik tiada lebih mahupun kurang lagi, bila tiba waktu menghadap Ilahi, waktu yang tepat memanggil diri, malaikat datang roh akan pergi, meninggal jasad di muka bumi.. pada detik itu, tangis tiada perlu, kerana sia-sia berlaku, ramadhan datang biar berlalu, tanpa ada anjakan paradigma berlaku.. jika ini ramadhan terakhirku, maafkan aku khilaf berlaku, aku terlalu mengikut nafsu, sehingga melukakan dirimu, terlalu berdosa padaMu.. jika ini ramadhan terakhirku.... Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 8August 2011,438

Suara hati kekasih

Image