Jika Ramadhan ini..

jika ramadhan ini,
terakhir buat diri,
apakah sudah siap serba serbi?

jika ramadhan ini,
ramadhan terakhir kali,
tidak kubiar berlalu pergi,
namun masa tetap berlalu meninggal diri,
lapan ramadhan menjengah lagi,
buat tahun ini,
adakah ramadhan kali ini,
dapat aku habisi?

jika ramadhan ini,
yang terakhir untuk dihiasi,
akan kuukir seindahnya tidak terperi,
akan kusulam agar peroleh keberkatan Ilahi,
akan kugubah agar tidak aku sesali,
kerana mungkin ia tidak lagi aku temani..

sedetik tiada lebih mahupun kurang lagi,
bila tiba waktu menghadap Ilahi,
waktu yang tepat memanggil diri,
malaikat datang roh akan pergi,
meninggal jasad di muka bumi..

pada detik itu,
tangis tiada perlu,
kerana sia-sia berlaku,
ramadhan datang biar berlalu,
tanpa ada anjakan paradigma berlaku..

jika ini ramadhan terakhirku,
maafkan aku khilaf berlaku,
aku terlalu mengikut nafsu,
sehingga melukakan dirimu,
terlalu berdosa padaMu..

jika ini ramadhan terakhirku....

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 8August 2011,438am

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?