tentang kamu
masih segar dalam benakku,
tika lenaku terganggu,
saat mimpiku tiada lagi berlagu,
detik kau pergi dulu..
tiap malam kucatat sesuatu,
luahan hatiku,
yang kau tak mahu tahu,
aku simpan ia kemas dalam fail itu..
pernah jua,
lagu tanpa,
menjadi halwa telinga,
deraian air mata,
tak lekang membasahi muka..
ada juga ketika,
aku menconteng nota,
namumu terukir nyata,
teman membuat salinan nota,
bukan satu malah lima,
semua nota mereka,
tersulam namamu bersama..
namun,
Allah maha mengetahui segalanya,
Dia maha mendengar cebisan doa,
maha mengira deraian air mata,
dalam berzikir memujiNya,
dalam butiran tasbih lama,
dalam solat setiap ketika..
saat kumasih bernyawa,
saat masa pergi belum tiba,
saat aku punya masa,
akan aku terus berdoa,
agar kau sentiasa bahagia,
agar senyuman yang aku suka,
tetap kau cipta,
walau bukan aku yang temani rasa,
walau bukan aku yang bertakhta..
Dalam jiwa....
Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 201am,9 August 2011
tika lenaku terganggu,
saat mimpiku tiada lagi berlagu,
detik kau pergi dulu..
tiap malam kucatat sesuatu,
luahan hatiku,
yang kau tak mahu tahu,
aku simpan ia kemas dalam fail itu..
pernah jua,
lagu tanpa,
menjadi halwa telinga,
deraian air mata,
tak lekang membasahi muka..
ada juga ketika,
aku menconteng nota,
namumu terukir nyata,
teman membuat salinan nota,
bukan satu malah lima,
semua nota mereka,
tersulam namamu bersama..
namun,
Allah maha mengetahui segalanya,
Dia maha mendengar cebisan doa,
maha mengira deraian air mata,
dalam berzikir memujiNya,
dalam butiran tasbih lama,
dalam solat setiap ketika..
saat kumasih bernyawa,
saat masa pergi belum tiba,
saat aku punya masa,
akan aku terus berdoa,
agar kau sentiasa bahagia,
agar senyuman yang aku suka,
tetap kau cipta,
walau bukan aku yang temani rasa,
walau bukan aku yang bertakhta..
Dalam jiwa....
Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 201am,9 August 2011
Comments
Post a Comment