Izin Suami

duduk bersila di bangku taman,
dengan penuh minat serta harapan,
aku mohon diberi tuhan,
sesuatu yang didambakan..

doa tiada lupa,
setiap malam meminta,
agar dapat kurasa,
apa yang kupinta..

terima kasih tidak memadai,
atas nikmat Kau kurniai,
aku dapat tersenyum berseri,
kerana harapan bersemi,
matlamat semakin menghampiri,
kejayaan aku nanti,
sejak azali,
pasti aku kecapi,
berkat izin suami,
yang aku cintai..

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1025pm, 4/4/2013
Kamulah pelengkap hidupku, penyejuk hatiku, pendamai jiwaku,pendampingku, suamiku;)

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?