Kupinangmu dengan lafaz Bismillah;)

terusik jiwa aku,
mengisi waktu,
melihat tele filem itu..

bertitisan air mataku,
melihat wanita itu,
pergi meninggal waktu,
kerana lahirkan anak baru..

sedih mengulit rasa,
dikasari mertua,
inginkan cucu segera,
lalu diminta,
menantu pujuk anaknya,
berkahwin dengan pilihan jiwa,
bonda..

si isteri telah berisi,
namun tetap memberi,
suami beristeri lagi,
kerana dia bukan menantu di hati..

kahwinlah si suami dengan temannya,
namun rupanya tiada berdaya,
mengandung zuriat dipinta,
kerana pernah celaka..

isteri mithali,
dipinang suami,
dengan lafaz Ilahi,
Bismillah menemani,
pergi dijemput Ilahi,
setelah hadiahi suami,
zuriat dinanti..

begitu tragis,
buat kutangis,
namun itu magis..

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1616, 17 April 2013

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?