Posts

Showing posts from 2019

Sad Story

My youngest brother came over to my place to settle his application of changing course at UPM. He follows me to work today as he wants me to send him to Putrajaya Sentral to catch the flight in the evening. I explain to him that why I bought Anna a new vehicle. Am I spoiling her too much? I tell Arif that I saw a post that make my heart ache about this 4 year old girl struggling and battling with cancer. I should be thanking Allah SWT to always give us His Blessing that Anna is healthy. I told him that I will do anything to make Anna enjoys her days as kid as much as I can. We do not know what might be happening in the future. Does she have the chance of enjoying her days as she has today? Everything in His hand. Everything belongs to Him. If he does call us to be back to him, I afraid that I did not spend my time and money for her. She is an angel that sent by Allah SWT to complete me. This cannot be denied. This evening, got heartbreaking news that my friends daughter have

Jalan-jalan Kecil

Disuatu pagi dingin, Berjalan aku menuju cita, Semangat membara seakan sebuah kota menyinar cahaya, Ilmu ingin kutawan, Akhirnya Dia izinkan.. Rezeki dari Dia, Tidak pernah silap percaturan, Tidak pernah tersasar radar, Namun kau perlu tahu, Tiap satu yang datang, Terselit rezeki yang lain jua.. Demi cinta pada alam, Demi cinta dan cita-cita, Aku pergi ke tempat aku suka, Tempat yang aku mahu sejak mula, Menuntut ilmu dunia, Juga ilmu di sana..

Habitat

Habitat, Ruang untuk aku berehat, Ruang untuk aku rasa selamat, Ruang untuk aku terus lawat, Untuk setiap detik sebelum aku pulang ke kampung abadi.. Habitat, Ruang untuk aku mencari, Erti sebuah mimpi, Erti kekalutan duniawi, Erti sebuah famili.. Habitat, Kau campak aku beribu batu jauh, Tempat aku berhabitat, Tetap aku ingat, Tetap aku mahu ingat.. Habitat, Dari suatu tempat, Ke tempat yang makin selamat, Aku tetap ingat, Tempat selamat itu, Adalah dalam pelukan yang hangat, Setiap satu dari kita saat kilat tak ingat, Aku masih ingat.. Habitat, Ingat itulah pengakhiran dunia, Pada suatu malam jumaat, Tempat itu aku rasa paling selamat, Ayah bonda bersama, Semua masih di peraduan, Mungkinkah esok masih ada.. Habitat, Walau kecil hingga tetap melekat, Walau buruk dan usang berkulat, Namun yang paling dekat, Di hati yang perlu dirawat, Adalah gema jerit gaduh itu, Adalah gema rebut peha itu, Adalah gema aku tahu, Mungkin gema terakhir dari aku.

Lontarkan

Lontarkan.. Semua terbuku, Dalam kalbu.. Lontarkan, bagi mengena, Sebuah hati yang merana, Luka bermaharajalela.. Lontarkan, Setiap mimpi kecewa, Setiap detik merana, Saat tiap detik dihina, Tiap momen bicara dia, Hanya fitnah melata.. Apa salah aku, Lontarkan saja aku, Jauh dari kalbu, Jauh dari rindu, Jauh dari pandangmu, Agar aku bisa, Menongkah dalam duka, Mencari dalam gelita, Apa erti saudara, Bikin semua carca marba.. Lontarkan sahaja... Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.11am, 8 Julai 2019

An accident

There's an accident, That caught me in trouble, I wanted to share, The burden that despair, But nobody cares... The despair, Makes me felt unfair, Being treated like fun fair, Am I not the one whom they care? There's an accident, That I thought as guidance, To not going back, To the place that too dear, But who am I to say no, When my heart screams to be there, An Eid is not a normal day, That's for sure, That's the reason I assure... There's an accident, Microsleep is not an option, It's the truth that trying not to reveal... The burden makes despair, Please go to hell, Please... Leave me in a peaceful thought...Once again. Written by: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.35am, 1 July 2019

ULANG

Bila mahu ulang, Kisah kita riang, Gelak tawa pagi petang, Tidak kisah malam siang, Sehingga tidak mahu pulang, Ke asalan... Adakah saat terulung, Untuk kita ulang, Kisah yang kita julang, Momen yang aku sayang... Aku mohon Tuhan, Dengan hati kudus jiwa menahan, Beri aku satu saja peluang, Untuk tetap ulang, Kisah semalam, Semalam yang hilang, Dari pandangan... Aku mencari, Ke mana menyepi, Kisah riang kami, Di suatu pagi, Jauh membawa diri, Dari tanah air ini... Doakan aku kembali, Temui sesuatu yang dekat di hati, Sering dan senantiasa di sanubari, Sebuah rasa yang beberapa purnama pergi, Dari pandang dan diri... Aku akan tetap di sini, Berdoa sampai mati, Dengan tulus nurani, Dari lubuk terdalam sanubari, Agar Dia dapat dengari, Tiap satu gugus doa yang aku tangisi... Selamat ulangtahun kakak manis, Semoga bahagia itu magis, Mendakap dirimu senantiasa, Walau di mana berada, Kamu tetap di sini, Di hati... Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 5.00pm, 18 Jun 2019

PULANG

Cedera kereta dapat aku ikat, Baiki dapat kembali berkilat, Cedera hati parah merata, Lagi pula hati yang menderita.. Bila kamu ada peluang, Berebut dengan riang, Tolong, tolong raikan, Jangan bila ditarik pulang, Tiap peluang datang, Tiada lagi senyum dan tawa riang.. Raya itu peluang, Raya itu aku juang, Aku pulang, Walau cedera aku belum hilang, Aku cuba raikan, Mana yang kurang, Mana yang silap faham.. Namun pulangnya aku, Bukan pulang yang juang menjulang, Pulang aku terpaksa pulang, Pulang aku mencari ruang, Berteduh bermalam dalam suatu ruang.. Tolong, tolong.. Raikan peluang, Kadang bila dipanggil pulang, Itulah yang paling kau sayang, Dan kau mohon biar berulang.. Rebut ruang mandi di pagi aidilfitri, Rebut seterika untuk kemaskan lipatan berduri, Mana pergi tiap memori, Mungkinkah akan berulang lagi, Untuk aku rasai, Di pagi aidilfitri? Aku pulang dengan harapan, Aku pulang dengan juangku patah lengan.. Aku doa Tuhan, Biar kau sejahtera dan tenang, Bila samp

Biar

Biar apa orang kata, Biar aku rasa, Biar mereka berdusta, Biar aku kata benar belaka.. Biar dusta melata, Biar hati aku menderita, Biar semua simpan berita, Biar aku merana.. Biar meraka tahu, Biar mereka tahu, Biar mereka tahu, Fitnah itu membunuhku... Biar aku pergi, Biar mereka sesali, Biar mereka sedari, Aku bukan malaikat di sini, Aku berhak rasa kecil hati, Dengan tiap luka yang mereka torehi... Biar.. Biar mereka tahu aku menderita, Dengan tindakan khianat yang mereka lakukan sendiri, Buat anak mereka yang mereka anggap jahat ini.. Biar apa nak jadi.. Biar mereka tanggung sendiri, Tiap tindakan berpaksi, Jin dan ustaz jadian duniawi! Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 1041am, 24 May 2019

Bongkah percaya

Bongkah percaya, Mana melata? Aku terasa beban merana, Akibat kau hilang tiada jumpa.. Bongkah percaya, Kenapa mencair suka, Kenapa segunung rindu pergi jua.. Bongkah percaya, Mana ibu bapa? Mana rasa kecewa, Mana pergi semua.. Bongkah percaya, Tak dapat aku teka, Rasa yang mencela, Rasa yang dia juara, Juara pecah belah keluarga, Juara porak peranda rumah tangga.. Kau perosak bongkah percaya, Kau benam aku dalam tasik duka, Kau buat aku berdendam terluka...... Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan. 2.16pm, 23 Mei 2019

Buang

Buang aku jauh ke lautan, Biar kemasinan lautan bersatu kemasinan mutiara jernih dari mataku.. Buang aku jauh ke angkasa, Biar aku dapat teroka, Tiap bibit bicara, Kenapa aku difitnah sedemikian rupa.. Kecewa dan terguris jiwa, Sudah lama aku tidak rasa, Namun kini semuanya, Membarah dalam lubuk terdalam jiwa.. Tiada zarah percaya, Sangsi belaka, Campak sahaja aku ke neraka, Kerana hilang keluarga, Mana mungkin sama, Hilang mereka yang pernah aku cinta.. Paling tidak dapat aku terima, Hilang sebuah percaya, Mana pergi kasih sayang pada aku sekeluarga, Dibuang jauh dari mata, Dibiar tidak dilaungkan berita, Kerana percaya membabi buta, Sesuatu yang tiada rupa namun suara bergema.. Jika aku dianugerah kuasa, Takluk seluruh isi dunia, Aku mahu semua ada, Saat aku berjaya.. Namun secebis hati aku yang terlalu kecewa, Mana mungkin terubat dengan sesaat cuma, Jutaan purnama tidak mungkin bisa, Atau patut aku kata, Buat selamanya ia tetap berdarah terluka.

The unpleasant feeling

The unplesant feeling is when you are doing nothing but being accused doing something bad towards someone who too dear for you. The accusation was heard from unseen thingy until I was blamed for every single detail which I do not know the details. I was too depressed in this case but I acted not like one. I go to work every single day without failing but the empty feeling is there. The feeling of insecurity, the feeling of in denial, the feeling of unbelievable and all. Ya Allah SWT, help me to lighten up what is dark and uncleared. Ya Allah , I am too weak to handle thing like this.

BEBAN

Rasa beban, Seakan menyiat tulang belulang.. Rasa tertekan, Seakan membuat aku terkesan.. Beban itu berat, Membenam aku dalam jerat.. Tiap ujian, Aku doa Tuhan, Kuatkan, Agar aku bisa jalan, Tanpa menoleh ke belakang, Namun tetap teguh tersenyum riang.. 9.50am, 28 March 2019

BiCARA

Berbicara pada Dia, Aku tiada daya, Tiap ujian terasa beban mencengkam.. Tiap kali hati berbolak balik, Terasa sedih dan kecewa, Jalan cerita kembali menjadi puaka.. Aku bukan juara, Untuk sering berendam air mata, Aku mahu bahagia, Namun siapa patut aku percaya? Aku mahu bahagia, Bukan porak peranda.. Masa depan aku, Masa depan kesayanganku, Aku perlu fikir semuanya.. Aku mohon Tuhan bantu aku, Untuk keluar dari belenggu..

Hanya Tuhan Tahu

Hanya Tuhan tahu gelora hati aku, Hanya Dia mengerti aku pura-pura tidak apa-apa, Namun sedih dan kecewa, Merantai jiwa.. Aku berlakon dalam pentas maruah untuk dijulang, Aku mahu kembali menjalani hidup semalam, Namun rasa bebas terbang seakan lebih lapang.. Sedih dan hiba, Permainan jiwa, Namun kenapa aku sukar tangis duka, Adakah sudah mati cinta, Segala memori indah bertukar luka, Bernanah dalam tanpa suara.. Tuhan tunjukkan yang terbaik untukku dan anakku tercinta..

Bantu Aku

Bantulah aku Ya Allah, Bantu aku dalam menjalani liku, Kuatkan semangat aku.. Aku rasa hilang, Dalam bisa semalam, Aku rasa sesat, Dalam jalan yang kelam.. Aku rasa kosong, Dalam ruang hati yang sempit, Aku rasa dikhianati, Dalam suatu janji.. Bantu aku Ya Allah, Dalam menentusah jalan hidup ini, Dalam merangka jalan di hadapan, Sebelum menutup mata, Sebelum aku menghadapmu..

Kenapa?

Kenapa kau tegar buat aku begini? Kenapa kau buat rasa kosong di hati, Bungkam meresapi, Tiap kamar sanubari.. Tidakkah kau mengerti, Aku lihat bersungguhnya hati, Untuk memiliki, Lalu aku senang hati, Menerima dirimu yang jauh beza dari sebelum ini.. Kenapa buat aku begini, Di persimpangan mati, Tiada bersisa hati, Kasih mati..

Sulit

Sulit, Tidak dapat aku rungkaikan, Tidak dapat aku gambarkan, Tidak dapat aku terjemahkan.. Rasa yang ada, Tidak dapat aku cerita, Keliru dan kecewa bersatu, Kesal ia berlaku.. Mengapa rasa ini, Tiada rasa yang pasti, Gelojak hati, Aku tidak betah berdiri, Untuk jeritkan yang aku sepi, Dalam suatu rasa di hati, Rasa kosong, Rasa bungkam, Rasa penat akan perasaan...

Mimpi

Sudah berapa hari, Kenapa mimpi ni, Belum berhenti.. Sudah berapa hari, Adakah sebenarnya aku masih dalam mimpi, Atau aku di alam realiti.. Jika aku mohon tuhan, Beri aku peluang dan ruang, Agar waktu terhenti, Dari suatu titik, Yang pasti, Aku masih berharap ini mimpi.. Realiti, Fantasi, Bersilih ganti, Aku bukan perwira dalam menangisi, Aku bukan juara menutup tiap tirai duka hati.. Mahu aku kongsi, Namun aku tidak pasti, Adakah mimpi aku realiti, Aku masih dalam mimpi, Atau aku memang sudah di realiti.. Bantu aku, Aku buntu, Untuk beri percaya itu, Untuk terima semua di kalbu..