Posts

Showing posts from November, 2020

Covid

Empat dara bersimpuh di para, Bersimpuh bermain si sempoa, Covid bukanlah teman kita, Tapi seteru kita semua.. Empat dara tepi telaga, Duduk membasuh gelang suasa, Topeng muka jangan dilupa, Cuci tangan bersih sentiasa.. Secangkir susu belum diminta, Sudah sedia di atas meja, Covid bukan mainan kita, Duduk rumah jangan melata.. Pantai Port Dickson tempat berkelah, Membawa diri di hari cuti, Barisan hadapan terlalu lelah, Ayuh bersama menjaga diri.. Pulau Langkawi indah sekali, Tempat lahirnya si cantik Mahsuri, Ujian Covid bukanlah abadi, Mohon Ilahi bawanya pergi.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 3.23pm, 20 November 2020

Teruji

Sebuah perjalanan pengalaman, Berpagian ke Lahad Datu, Penat itu makanan, Puas aku dapat membantu.. Tidak mengharap puja, Sekadar peringatan untuk semua, Covid bukan mainan kita, Duduk rumah jangan melata.. Lihat ke kanan kiri, Kesan Covid bukan sehari, Setahun dua belum tentu lari, Pilihlah untuk jaga diri.. Barisan hadapan terlalu lelah, Tiap keringat cukup barakah, Berpenat dunia tidak kukisah, Asal semua dapat terus menongkah.. Perintah kawalan pergerakan berbeda, Tidak sama buat semua, Ada kehilangan kerjaya, Ada yang tidak punya apa-apa.. Pesanku buat sekian kali, Bersabarlah dengan ujian ini, Kita bukan di syurga abadi, Dunia ini tempat diuji.. Bermunajat pada Ilahi, Agar kita tetap berdiri, Memeluk ujian getir ini, Kerana syurga destinasi dinanti.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 2.32pm, 20 November 2020

Tidak Kekal

Bahagia kutuju, Sebuah yang abadi, Namun di dunia ini, Suka benci berganti, Sedih dan bahagia tidak kekal di sini.. Bila dihadiahi bahagia, Kucup dan dakaplah perasaan itu, Kerana semuanya dipinjam buatmu, Bila tiba waktu, Bahagia bertukar duka.. Bila dihadiahi duka, Bertahan dan selimutkan semua, Percaya ini bukan selama-lama, Bila tiba masa, Duka bertukar suka.. Aku bukan pujangga, Suka dan duka bukan untuk dijaja, Sekadar berkongsi rasa, Tidak suka boleh pilih duka, Tapi bukankah itu penyakit jiwa? Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 12.05pm, 18 November 2020

Jalan

 Jalan ku tuju,  Ke mana akan bawaku, Jalan yang kumeniti, Mana yang dekat di hati.. Lihat dalam suatu masa, Suatu saat yang amatku suka, Daunan kering punya gelora, Memenuhi tiap inci mata, Cantik yang bauannya menerjah minda.. Kususuri kenangan, Memori yang tiada pernah henti, Datang mengetuk sanubari, Suatu waktu yang tak mungkin kembali, Sebuah perjalanan kehidupan.. Walau diberi jutaan, Namun tetap mahu teruskan, Apa yang pernah dalam perjalanan, Kerana tiap satu lipatan, Tiada terbeli wang, Semuanya di memori yang Allah SWT pinjami, Sampai suatu masa sebelum diri ini, Kembali.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.15am, 16 November 2020