Jalan
Jalan ku tuju,
Ke mana akan bawaku,
Jalan yang kumeniti,
Mana yang dekat di hati..
Lihat dalam suatu masa,
Suatu saat yang amatku suka,
Daunan kering punya gelora,
Memenuhi tiap inci mata,
Cantik yang bauannya menerjah minda..
Kususuri kenangan,
Memori yang tiada pernah henti,
Datang mengetuk sanubari,
Suatu waktu yang tak mungkin kembali,
Sebuah perjalanan kehidupan..
Walau diberi jutaan,
Namun tetap mahu teruskan,
Apa yang pernah dalam perjalanan,
Kerana tiap satu lipatan,
Tiada terbeli wang,
Semuanya di memori yang Allah SWT pinjami,
Sampai suatu masa sebelum diri ini,
Kembali..
Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.15am, 16 November 2020
Comments
Post a Comment