Teruji

Sebuah perjalanan pengalaman,

Berpagian ke Lahad Datu,

Penat itu makanan,

Puas aku dapat membantu..


Tidak mengharap puja,

Sekadar peringatan untuk semua,

Covid bukan mainan kita,

Duduk rumah jangan melata..


Lihat ke kanan kiri,

Kesan Covid bukan sehari,

Setahun dua belum tentu lari,

Pilihlah untuk jaga diri..


Barisan hadapan terlalu lelah,

Tiap keringat cukup barakah,

Berpenat dunia tidak kukisah,

Asal semua dapat terus menongkah..


Perintah kawalan pergerakan berbeda,

Tidak sama buat semua,

Ada kehilangan kerjaya,

Ada yang tidak punya apa-apa..


Pesanku buat sekian kali,

Bersabarlah dengan ujian ini,

Kita bukan di syurga abadi,

Dunia ini tempat diuji..


Bermunajat pada Ilahi,

Agar kita tetap berdiri,

Memeluk ujian getir ini,

Kerana syurga destinasi dinanti..


Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 2.32pm, 20 November 2020


Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?