Tidak Kekal

Bahagia kutuju,

Sebuah yang abadi,

Namun di dunia ini,

Suka benci berganti,

Sedih dan bahagia tidak kekal di sini..


Bila dihadiahi bahagia,

Kucup dan dakaplah perasaan itu,

Kerana semuanya dipinjam buatmu,

Bila tiba waktu,

Bahagia bertukar duka..


Bila dihadiahi duka,

Bertahan dan selimutkan semua,

Percaya ini bukan selama-lama,

Bila tiba masa,

Duka bertukar suka..


Aku bukan pujangga,

Suka dan duka bukan untuk dijaja,

Sekadar berkongsi rasa,

Tidak suka boleh pilih duka,

Tapi bukankah itu penyakit jiwa?


Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 12.05pm, 18 November 2020


Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?