Bahasa Jiwa Bangsa

Use good words, sentences, punctuation in delivering your ideas because those things are needed/crucial.

By using the right punctuation, the person who listen to your ideas get them professionally and do not feel irritated.

Dalam konteks bahasa melayu, penggunaan laras bahasa yang baik dapat memberi mesej secara berkesan tanpa perlu mengguris hati sesiapa pun.

Dalam mengutarakan pendapat, saya pelajari kita perlu berlapik. Benar, pendapat dan idea kita sangat mantap namun cuba lihat reaksi pertama apabila kita cuba mengutarakan pendapat. Adakah mereka yg mendengar idea itu berlapang dada atau tidak untuk menerima. Jika tidak, STOP IT. Jangan diteruskan pendapat itu kerana dikhuatiri pendapat menjadi mendapat..

Bila kita semakin bijak dalam melakukan sesuatu, percayalah ada juga yang tidak menyukai itu. Dia akan cuba menjatuhkan kita dalam kepelbagaian bentuk. Percaya akan diri sendiri dan terus maju ke depan. Pendapat dan omongan belakang, bukan masalah kita, maka jangan bazirkan masa dan tenaga untuk fikir apa yang diomongkan pasal kita, namun terus tunjukkan contoh yang terbaik untuk diteladani. Percayalah Allah SWT sentiasa melihat tiap zarah kebaikan yang kita lakukan, dan Dia juga melihat tiap zarah kejahatan yang kita lakukan maka sentiasa berdoa agar hanya kebaikan yang sentiasa disulam dan bukan kejahatan yang diukirkan.

Aku bukanlah pujangga namun rasanya tak salah untuk mengarang luahan jiwa untuk tatapan di hari tua kan. Kalau catat di buku mungkin akan hilang entah ke mana. Catat di sini, ada juga yang akan memberi notifikasi akan tulisan yang bertahun sudah dicatatkan.

Salam ramadhan semua kesayangan..

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?