B.A.R.A
Bara itu rasa,
Dalam hati membara,
Kusangka sudah tiada,
Namun pabila kembali ada,
Bara tadi berontak meminta..
Bara itu membarah sanubari,
Maki akan suatu sisi,
Sisi yang aku sipi,
Rasa mahu maki maki maki..
Sebuah bongkah percaya,
Aku tiada dan tak diberi rasa,
Suatu bergelar bahagia,
Hilang dalam satu lara..
Bara melara,
Bara membara,
Bara melata,
Kerana kau aku memaki berjuta,
Dalam jiwa..
Perlukah aku laung,
Akan satu rasa paling agung,
Yang diami lorong,
Hatiku kosong,
Dalam satu bohong..
Nukilan: WN, 6.15pm, 4 April 2021
Comments
Post a Comment