Suatu Maaf
Lama sudah tunggu,
Lama sudah masa berlalu,
Tiada perkataan maaf terucap olehmu..
Kisah lalu,
Apa berlaku,
Suatu pilu,
Tetap membelengguku..
Tiap kali berlaku,
Tetap khilaf aku,
Itu tidak adil buatku,
Apa hati aku,
Tidak punya pilu?
Aku punya rindu,
Aku punya rasa satu,
Maaf itu terucap ikhlas darimu,
Kerana tiap yang berlaku,
Kamu toreh luka itu,
Luka itu,
Masih di situ..
Suatu ucapan maaf itu,
Aku perlu,
Untuk redakan amarahku,
Suatu rasa pilu..
Luka aku..
Nukilan: 1.13pm, 6 April 2021
Comments
Post a Comment