Poem-Malay

DI SANUBARIKU

Aku rindukan kenangan sewaktu bersamamu,
Walau sebentar cuma tapi itu cukup bermakna,
Aku rindukan saat aku sukar tafsirkan,
Perasaan cintaku pada seorang insan,
Aku lihat dari kejauhan,
Tapi aku dapat selami keindahan,
Di sebalik sebuah senyuman,
Di sebalik ketenangan,
Kau yang aku nantikan,
Kau yang aku dambakan,
Aku mimpi kau datang,
Datang kepadaku,
Ucapkan kau jua rasa begitu,
Rasa apa yang ada di jiwaku.

Akanku nantikan saat itu,
Walauku mungkin pergi dulu,
Sebelum menjelmanya waktu itu,
Kerana aku bukan citarasamu,
Tetapi ikhlas kulafazkan padamu,
Kau adalah cintaku,
Yang hanya satu,
Di sanubariku…

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?