R.I.N.D.U
RINDUKU
Sukarnya melafaz rindu,
Kerana hati merindu,
Bukan mulut yang satu.
Rindu itu satu perasaan,
Mendiami jiwa setiap insan,
Dalam teruskan kehidupan,
Kenangan semalam dalam kerinduan.
Aku di sini merindu,
Saat terpandang senyumanmu,
Saat aku sendiri tersenyum padamu,
Kau senyum bermakna,
Ketika kau lihatku seketika,
Apakah maksud senyuman itu?
Adakah benar ia untukku?
Aku perlu tahu,
Kerana ia menghantuiku,
Kerana ia buatku rindu,
Rindu kenangan itu,
Kenangan itu,
Kenangan dulu,
Kenangan aku terasa dekat denganmu.
Apa yang berlaku,
Tidak mungkin kan luput,
Kerana aku terlalu rindu,
Kenangan yang tercipta,
Antara kau dan aku.
Aku perlukan kenangan itu,
Untuk ciptakan kenangan terindah buatku untuk tahun itu,
Tahun yang amat sukar bagiku.
Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan
Sukarnya melafaz rindu,
Kerana hati merindu,
Bukan mulut yang satu.
Rindu itu satu perasaan,
Mendiami jiwa setiap insan,
Dalam teruskan kehidupan,
Kenangan semalam dalam kerinduan.
Aku di sini merindu,
Saat terpandang senyumanmu,
Saat aku sendiri tersenyum padamu,
Kau senyum bermakna,
Ketika kau lihatku seketika,
Apakah maksud senyuman itu?
Adakah benar ia untukku?
Aku perlu tahu,
Kerana ia menghantuiku,
Kerana ia buatku rindu,
Rindu kenangan itu,
Kenangan itu,
Kenangan dulu,
Kenangan aku terasa dekat denganmu.
Apa yang berlaku,
Tidak mungkin kan luput,
Kerana aku terlalu rindu,
Kenangan yang tercipta,
Antara kau dan aku.
Aku perlukan kenangan itu,
Untuk ciptakan kenangan terindah buatku untuk tahun itu,
Tahun yang amat sukar bagiku.
Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan
Comments
Post a Comment