WHY?

Tiada wujud sesaat pun aku lupakan dirimu,
Disebalik litupan konjunktivaku,
Kulihat dirimu tersenyum padaku,
Kuinginkan kenangan itu,
Kenangan sewaktu kau dekat denganku,
Kenangan setiap senyumanmu,
Aku ukir dalam diari hatiku..

Maafkan diriku,
Terlalu mengujimu,
Maafkan diriku,
Kerana teringat kenangan lalu,
Sehingga menyakiti nuranimu,
Ku tidak pernah meminta,
Untuk menyakitimu,
Aku jua sayang akanmu,
Namun ujian yang datang,
Seakan memberiku tekanan,
Membuat aku terfikir,
Mahukah kau terus disampingku,
Jika aku selemah itu..

Sepatutnya aku mengerti,
Akan keluhuran hatimu,
Keikhlasan yang kau hulur,
Tanpa mempersoalkannya lagi,
Kenapa aku begitu bodoh?

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?