6.15AM
ingin kujeritkan,
segala yang tersimpan,
agar tidak menjadi simpanan,
yang bakal buatkan ku tidak senang..
ingin kutangisi,
segala yang berlaku hari ini,
agar lepas beban diri,
di belenggu mimpi..
aku bangun pagi,
dengan tiada senyuman lagi,
aku bangun pagi,
dengan tangisan membasahi,
pipiku untuk sekian kali..
aku benci untuk tangisi,
kisah yang aku hadapi,
kerana kisahnya tragis,
kerana ceritanya tiada magis,
namun aku pasti,
di suatu sudut hati,
masih ada suatu sudut sanubari,
sayang rindu mengocak naluri,
seorang insan bernama Qiqi..
Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan
28 January 2011, 612PM Level 3, Suria KLCC
Comments
Post a Comment