katakanlah QIQI..

alunan suara azan bergema,
sedarkan aku dari terus lena,
kembalikan aku di dunia nyata,
hapuskan mimpi yang sia-sia..

ramai yang bertanya,
mengapa aku mudah terjaga,
bila subuh menjelma,
lantas jawabku tidak lena,
jika tinggalkan suruhanNya,
dengan kudrat yang ada,
dengan sengaja..

namun aku pelik dengan sikap manusia,
tidak pernah mahu meningkatkan pahala,
padahal sudah sedia di depan mata,
lantas hati dibutakan olehNya..

ya Allah,
ya Tuhanku,
Kau ampunilah kekhilafanku,
Kau tempatkan aku dalam kalangan kekasihMu,
Kau satukan aku dengan keluargaku dalam syurgaMu,
yang aku idamkan sejak aku tahu,
keindahannya mengulit rindu,
untuk menuju ke situ..

kadangkala aku bertanya lagi,
pada hati yang dipinjami,
mengapa belum terbuka lagi,
untuk disulami,
cinta lelaki,
namun aku ada jawapan yang pasti,
aku inginkan cinta Haqiqi,
yang tidak pernah akan membohongi,
tidak pernah mengeji,
tidak sesekali,
mencampakkan aku di ruang sepi,
yang tiada sesiapa menghuni..

Nukilan: WAN NAQIYYAH WAN HASSAN, 3.58am 21 JANUARY 2011(another 10months=))

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?