Sebuah Maaf
Sebuah maaf itu, Aku tunggu darimu, Agar setiap rasa membelengguku, Tiada lagi dihatiku.. Purnama demi purnama, Aku tanya Maha Esa, Mengapa ujian aku luar biasa, Hingga aku terduduk meringkuk bersoal segala, Apa aku laku sehingga diuji sedemikian rupa, Ibliskah aku wahai semua? Dipujuk rajuk itu, Masih belum mampu aku, Lupa setiap bicaramu, Dia seakan tergiang-giang ditelinga, Menerobos dalam ruang jiwa.. Aku hanyalah insan biasa, Sekadar mahu teruskan hidup tersisa, Agar dapat aku jumpa Dia, Dengan seribu satu cerita, Yang Dia lukiskan untuk teruskan tinta, Yang pasti aku mahu ke syurga, Bukan belok ke neraka.. Nukilan: Wan Naqiyyah binti Wan Hassan, 4.46am, 24 October 2024