Jalan Ini Jauh
Ratusan purnama berlalu pergi,
Aku masih di suatu sisi,
Rasa sakit itu masih di hati,
Rasa perit akan suatu kisah sepi..
Sampai bila kisah ini akan terhenti?
Mengapa detik aku seakan terubati,
Masih ada seekor babi,
Mencalar kembali parut luka tadi..
Kisah aku simpan ratusan purnama,
Ingin dibiar kelam dan suram,
Biarlah dia pergi dari aku,
Biar aku tersenyum seribu,
Tanpa sekelumit merindu,
Saat aku tidak mampu,
Untuk bersama seperjuanganku,
Untuk mencari kejayaan dunia tipu-tipu..
Jalan ini jauh,
Perjalanan aku sungguh-sungguh,
Lain cerita tertangguh-tangguh,
Biar segalanya terletak dalam ruang tempoh,
Agar sedikit hampir seakan contoh..
Mereka tidak tahu,
Apa dibelengguku,
Maka maaf aku,
Aku perlu,
Untuk rawat luka aku,
Kerana luka aku berparut hodoh di sanubariku,
Parut seakan mahu sembuh,
Ditoreh, ditarik kembali parut itu biar berdarah melepuh..
Jalan ini jauh,
Jalan ini... masih jauh,
Aku mahu tempuh,
Jangan kau ceroboh..
Nukilan: Wan Naqiyyah binti Wan Hassan, 4.36am, 24 October 2024
Comments
Post a Comment