Posts

Showing posts from 2015

RIndu Nanti

Lambaian salju, Aku rindu, Lambaian deru, Menampar pipiku.. Aku rindu akan suasana, Angin dan udara, Buat rasa, Berkocak jiwa, Terkenang masa, Saat saat sana, Masih dalam mata.. Aku perlu, Kurangkan rasa pilu, Rasa rindu sesak dadaku, Akan suatu memori lalu, Yang mencengkam jiwaku.. Aku mahu, Engkau tahu, Bukan mudah bagiku, Untuk lupakan semua itu, Walau masa berlalu, Belum tentu, Rasa rindu, Ada padaku, Akan padam dari kalbu.. Aku ingin, Kembalikan angin, Pulangkan udara yang aku ingin,. Mahu terbang ke suatu ruang masa, Kembali semua yang tidak selesa, Pulihkan dari kecewa jiwa.. Cinta sesungguhnya, Mendodoi telinga, Aku rindu untuk tentang mata, Lama tidak bersua.. Aku pasti, Terus nanti, Akan cinta hati, Yang kumiliki.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1136am, 24 Oct 2015

Merdeka?

I have submitted my dissertation last week.It has been a week of enjoyment for me. do I really had my 'merdeka'? I do not think so. I have to deliver my princess Arianna soon. I have lot of thought that keep on haunting my mind. Delivery process is not as easy as an ABC. Everything must be prepared mentally and physically. Pray for me. I am begging you. Salam. Jumaat, 1043am, 23 Oct 2015

Seminggu

A week more, to submit Msc Dissertation. The Implementation of Building Information Modelling by Malaysian Construction Firms. Pray for me. Ya Allah, Give me strength to complete it successfully. A little bit.. One more. One more. Then I am done ;)

Demi Arianna

Menanti dan menunggu, Bukan pakar aku, Namun demi kamu, Aku tetap tunggu, Aku tetap mahu, Untuk tunggu... Arianna, Kamu sejahtera, Takkan kubiar kau terluka, Walau dikit walau sehasta, Kerana aku cinta.. Arianna, Tidak senang, Tiada mudah, Segalanya demimu, Aku sanggup meniti lautan liku.. Arianna, Demi anakku tercinta, Aku rela, Diambil darah sentiasa, Berulang ke klinik desa, Demi kamu sejahtera, Demi kamu selesa, Di dalam sana, Tanpa cacat cela.. Arianna, Doakan sama-sama, Agar kita sempat bersua, Dalam limpah kasih sayang yang Esa, Dalam kurnia kasih sayang papa, Untuk kita berdua.. Nukilan: WN, 10.05am, 8 Oct 2015

Campak

Campak Tercampak.. Dalam suatu ruang waktu, Membuai aku, Dalam suatu memori rindu... Saat aku, Menjadi isterimu, Detik aku, Terharu, Kau mampu, Menjadikan aku, Milikmu.. Kini kita, Menanti nyawa, Yang telah lama, Kita bersama, Nanti kehadiran dirinya.. Nukilan: Wan Naqiyyah binti Wan Hassan, 11.49am, 11 September 2015, Kuala Terengganu

30 weeks

Pejam celik-pejam celik dah berusia 30 weeks anak mommy dalam ni kan. Tak sabar mommy nak kiss dan hug anak sulung mommy ni. Dah lama mommy tunggu.. Nakal juga Arianna ni kan. Selalu tendang mommy. Semakin aktif. Tapi mommy tak kisah sayang. Yang penting anak mommy sihat-sihat sahaja dalam tu. Jom sama-sama dengan mommy buat kerja sekolah mommy. Ada sikit lagi nak siapkan ni sebelum kita bertentang mata. hihihi. Love you my Arianna Elok-elok kat dalam tu tau, Nanti kita bertemu ;)

Harta

Kehulu kehilir mengira, Panjat sini panjat sana, Biar tebal poket dunia, Hidup selesa pangkat dijaja.. Walau selautan hartamu teman, Walau setinggi gunung tak terhabiskan, Namun ingatlah itu pinjaman, Bila-bila dapat ditarik Tuhan.. Harta bertimbun bukan jaminan, Untuk bahagia di alam kemudian, Kerana harta akhirat disiakan, Senyum ibu, tawa bapa telah terpinggirkan.. Biarlah papa di dunia, Jangan merangkak mengemis di sana, Doa mereka tangis mereka, Entah bila Tuhan hentikan, Dari kita yang sentiasa dahagakan, Belai insan-insan jambatan syurga Tuhan, Yang kita dambakan.. Tidaklah selamanya kita di dunia, Tidaklah selamanya diulit selesa, Tidaklah selamanya kita sihat sahaja, Pabila dipanggil pulang ke sana, Biarlah senyuman mereka, Manisnya seakan mula-mula, Kita dipangku dalam derita, Ibu melahirkan tersenyum bangga, Bapa azankan terharu membina.. Akhiratlah tempat kita, Jangan derhaka, Maaf dipinta, Jika ada yang tak kena, Jika ada yang tak selesa, Sesungguhnya redha

Tiga

Detik demi detik, saat tadi berganti minit, minit bertukar jam, jam bertukar hari, hari berganti minggu, minggu terus menjadi bulan, bulan menjadi tahun, kini sudah tiga tahun. Banyak sudah langkah kita lalui bersama, tidaklah semuanya suka, ada masa ada duka, namun tak selamanya diuji Pencipta, habis gelap terang menjelma, habis duka terbitlah tawa.. Tiga, Suatu angka, Yang aku jangka, Pertambahannya, Sampai bila-bila, Biar sampai syurga.. Tiga, Lama kita tunggu cahaya, Syukur nanti teranglah kita, Cahaya sudah mahu tiba, Segalanya kuasa Maha Esa.. Tiga, Masih jauh liku, Mahu kita tuju, Masih samar bucu, Yang mana mahu.. Tiga, Aku doa kita, Terus terusan bercinta, Biar cahaya, Makin banyak tercipta, Biar makin terang pondok kita, Atau patut kukiaskan mahligai kita bersama, Lagi sedap akan bunyinya, Atau patut kucoret syurga kita berdua, bertiga...dan seterusnya.. Tiga, Selamat ulangtahun suami tercinta, Kau bawa jiwa, Kau lakar bahagia, Biarkan aku saja yang

Apa yang dirindui tentang Manchester?

Benar aku memang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Sejak dari kecil sehinggalah dewasa cita-cita itu tidak pernah terpadam, terhakis walau dikit. Kerana azam dari kecil mahu mengikuti jejak langkah abah aku yang melanjutkan pelajarannya di sana, maka dengan berkobar-kobarnya aku berusaha untuk menempatkan diri serta mencari dana tajaan ke sana. Berkat usaha serta bantuan serta redha Ilahi maka 7 February 2014 berangkatlah aku seorang diri ke bumi ratu itu. Melambai suami, mama, abah, along dan ida di KLIA. Aku sematkan di jiwa, aku harus kuat namun sebak di dada tidak dapat kuelak serta air mata berlinang diseka sedari awal-awal sebelum menjamah pipiku. Terasa kosong saat menaiki train ke terminal antarabangsa. Melihat suami aku bermata sayu saat lambaian terakhir menghantar aku ke lembah rindu. Sayu namun perlu akan perpisahan itu. Aku harus pergi menggapai cita-cita sejak kian lama. Selepas hampir dua bulan barulah suami aku menyusulku ke sana. Setiap ha

Erti Rindu

Erti sebuah rindu, Pada yang berada dalam kandunganku, Walau matamu, Mata aku, Masih belum bertemu, Telah wujud itu, Wujud satu rindu.. Telah lama aku tunggu, Kehadiran kamu, Cukup lama aku, Berharap pada yang Satu, Agar hadiahi aku, Kamu.. Syukur aku, Dia mendengar rintihku, Dia turut dengar rintih papamu, Dia dengar rintih ibuku, Dia dengar doa abahku, Dia jawab doa ibu mertuaku, Kamu wujud di situ, Di dalam rahimku.. Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar.. Nukilan: Wan Naqiyyah binti Wan Hassan, 6 August 2015, 6.37pm, Kuala Terengganu.

Ariana..

1 July 2015, It is a girl (but it is not 100% confirm) How grateful and thankful I was at that time because I can see my baby through the screen. I am really happy my dear Ariana.. I know you might not know I was waiting for ages to have you. Please be strong till the end my baby. I love you since then, before you are here, inside my womb, long enough of waiting for you my dear. I bought a book which is a diary book for a baby girl for jotting the pregnancy experience 2years back but I have not had chance of jotting anything because you are not here yet. But now, I can write, can feel, can touch my tummy (bump) because you are here Ariana.. Please be strong and healthy. Mommy cannot wait to see and touch you my sayang. Do not be too naughty of kicking me. lol =P

Selamat Hari Raya

Tahun ini kami beraya di bumi Malaysia. Seronok bak hang. Semua yang pernah bersarang dalam otak akan makanan kegemaran semua aku bantai cari dan makan. Seronok mama dan mak mertua serta suami aku sekali melayan sahaja aku mengidam itu dan ini. Membulat? Biasalah badan orang ada isi lah katakan. Namun aku bahagia, seronok membulatkan diri untuk baby tercinta. Raya ketiga, Ada sedikit masalah, sedikit bleeding maka terpaksa berkejar ke emergency unit di Hospital Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan. Asalnya mahu dimasukkan diri ini ke dalam wad untuk pemerhatian namun setelah diperiksa dibenarkan pulang dengan syarat perlu merehatkan diri. Baring sahaja. kikiki. Jadi permisuri sangat. kakakaka Dan hari ini aku dah lost track Syawal yang keberapa. Tapi bagi aku hanya Syawal 1,2 dan 3 terasa akan kemeriahan raya itu. Selebihnya masing2 kembali ke ibu kota meneruskan rutin seperti sediakala. Aku bertukar-tukar station. sekali aku wujud di kelantan. sekejap timbul di kuala terengg

Goodbye

Goodbye Brideok street.. Goodbye Cheetham Hill.. Goodbye Manchester.. The feeling was unbearable when I have to leave Manchester. The memories that cultivated through the journey were too good. I am still remember the very first moment of being there. How terrific it was. The places and countries that I have visited were too good not to share. Sterling, Scotland, Liverpool, Paris, Bicester Village, Woking, London, Dublin, Budapest and Paris again. The experience, the University of Salford, the good lecturers, the good friends, the good neighbours, the good people, the good system, the good technology, the good transportation. Shopping is the best therapy (they said not me, LOL).. hahaha. I enjoy the shopping time (my shopping time, HAHAHA) in UK . Till we meet again soon very soon UK ;) 

Sujud Syukur

Alhamdulillah, Setelah berkali-kali diuji, Ternyata hampa menyelimuti, Namun kali ini, Jawapannya berbeda dari sebelum-sebelum ini.. Abah dan mama sampai pada 20 Mac 2015 in Manchester, then they both went to Dublin. When they were there, I asked my husband to buy pregnancy test kit. He bought that kit, but I have not tested it until my mother was around. 28 Mac 2015, I screamed out loud in the bath room. Yes, after couple of years, it is positive. Abah suruh sujud syukur. Ya Allah permudahkan perjalananku,

LeLah..

Angin berlalu, Tampar aku, Sedingin salju, Aku beku.. Musim berubah, Namun arah, Masih lelah,. Pergi aku mencari, Sebuah mimpi, Mencipta realiti.. Menjelmalah, Rasa kuat tanpa beralah, Rasa tangkas tanpa balah.. Indah, Bila mimpi bertukar realiti, Lagi indah bila kau ada sekali, Di sisi, Tersenyum nampak gigi.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 649am, 20 March 2015, Manchester, UK

Teman Lelaki Upahan

Fenomena. Itu sahaja yang dapat aku nyatakan. Suka lah tengok lakonan mereka. Bersahaja namun berkesan di jiwa. Masing-masing sangat hebat dalam menterjemahkan skrip. Sebuah drama adaptasi dari novel. Sebagai seorang penonton yang tidak mempunyai kesempatan untuk membaca novel tersebut, aku tidak dapat membuat perbandingan antara karya yang diapdaptasi ini sejujurnya berjaya menyampaikan cerita novel itu atau tidak. Namun, aku percaya dengan apa yang aku lihat tanpa membuat perbandingan yang dinyatakan tadi, drama ini bagus dan berjaya buat aku tertunggu-tunggu. Walau tidak mampu menonton secara langsung di televisyen kerana keberadaan tidak di sana tetapi tidaklah aku terkesan kerana dapat menontonnya secara atas talian. Ezwan Lutfi @El dan Kyra Lydia Sesungguh, ini adalah drama bersiri yang pertama yang berjaya berada dalam blog picisan ini. Oleh itu, nilaikan sendiri kehebatannya sampai ke Manchester aku tetap setia menonton;)

Ganti

Puasa aku ganti, Suami teman sekali, Teman sahur pagi hari, Turut berpuasa teman bini, Dan tentu saja teman berbuka di sisi.. Tak perlu emas permata, Tak perlu barang mewah untuk dipamer jelata, Cukuplah hati ikhlas membuah cinta.. Aku tahu kamu berusaha, Keras dan kuat demi kita, Maaf jika selalu buat kau terluka, Secara sedar atau tidak sengaja.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 646am, 12 March 2015

Satu Dua Tiga

Satu dua tiga, Waktu itu berharga, Kamu sudah berusia.. Satu dua tiga, Tidak aku sangka, Kau sudah dewasa, Seakan semalam baru dukung kau merata.. Satu dua tiga, Umur kau angka, Tak perlu kira, Namun biar semakin bermakna, Dalam mencari syurga.. Satu dua tiga, Biar sentiasa dalam redhaNya, Aku tak minta kau sempurna, Namun biar jadi insan berguna, Buktikan kita pun boleh berjaya.. Satu dua tiga, maaf aku tak reti mengira, hanya tiga angka, yang aku ulang dari mula.. Satu dua tiga, Selamat berkat usia, Adikku tercinta.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 621am, 12 March 2015, Manchester, UK

Benar

Benar kata mereka, Carilah orang yang suka kita, Carilah orang yang cintakan kita, Seperti kita ini kita, Bukan mahu kita jadi dia.. Benar kata mereka, Seorang wanita, Perlu seorang jejaka, Yang cinta sepenuh jiwa, Akan dia, Sehabis rela.. Benar kata mereka, Aku ini lemah segala, Biar didamping cinta, Selimuti takut gelita, Unjuk jalan syurga.. Benar kata mereka, Hormatilah insan kau cinta, Bila terkasar bahasa, Maaf kau pinta, Kita bukan maksum dosa, Kita manusia biasa, Aku insan hina.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 611am, 12 Mac 2015, Mnchester, UK

Rasa

rasa itu, menyelubungiku, memberi sesuatu, tiada terluah dalam kata-kataku.. walau jauh lari dari sesuatu, ada masa terasa sayu, terjengah kembali memoriku, terasa pilu, di situ.. pilu mainan aku, sayu mainan rindu, tangis bukan mahu, jadi peneman selalu.. aku mahu, ada waktu, aku tahu, wujud itu.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 238am, 15 August 2014

Melihat

Lihat aku dengan mata, Terserlah semua, Namun masih samar, Apa yang tersirat tak terbaca.. Lihat aku dengan hati, Rasa apakah ini, Aku sendiri tidak pasti.. Lihat aku ke dasar, Tiada yang tersisa, Namun mengapa, Masih ada cebis tidak selesa, Bermaharajalela.. Nukilan: Wan Naqiyyah binti Wan Hassan, 1256am, 3 March 2015, Manchester, UK

Study

This will be my last semester of Master Degree studies. I have completed two semesters. Another semester to go. The stress level is therefore increases as the final semester means a dissertation should be submitted. Dissertation for me is not an easy task. It requires a lot of effort which for a lazy bum like me, do not like. HaHa. My supervisor agrees on the topic that I want to do but when I went to a tutorial session last week the tutor said the topic is too common. I spoke to my supervisor back and told what has been commented by the tutor. He said he has no problem with the topic but I must also consult the tutor as the research proposal that should be submitted next week might be marked by the tutor because my supervisor will only mark my dissertation as a whole. These few days, I was not that fit in health. the weather is too cold. I had headache, increase in body temperature, uneasy symptoms at my throat. please pray for me. I want to do my work=) Alhamdulillah, I have

suami

Suami, Allah hadiahi, Cukup melengkapi, Aku di sini.. Kadang aku tangis sendiri, Bersyukur atas hadiah ini, Suami aku melayani, Aku seakan puteri, Kadang lebih dari permaisuri.. Suami aku orang biasa, Tapi cinta yang dia punya, Cukup istimewa, Melingkari aku dengan bahagia.. Kadang kusendiri, Menulis di sini, Terfikir sampai bila suami, Akan terus di sisi.. Semalam aku berbicara, Tentang bila tiba masa, Aku akan pergi dari dunia, Takutnya berada dalam alam berbeza, Dia mungkin tidak lagi bersama.. Suami aku berkata, Doa sentiasa, Solat wajib dikerja, Jangan dilupa sunat yang ada, Mengaji jangan alpa, Biar terang alam di sana, Biar abang tiada, Tapi sayang pasti akan selesa.. cerita suami isteri, menanti cahaya hati, namun jika tiada rezeki, aku mohon bila aku pergi, masih ada yang hadiahi, doa tidak henti.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1017pm, 19 February 2015, Manchester,UK
jatuh, berderai, bersepah, tak sudah.. tangis aku, tak siapa tahu, rindu bertamu, tak siapa mahu.. beri aku cinta, untuk aku kecap bahagia, walau sedetik cuma, aku tetap mahukannya.. dulu aku kecewa, kini aku bahagia, ujian yang melanda, Allah gantikan permata.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 100am, 4 February 2015, Manchester, UK

Kerana rindu aku turutkan

Lagi 2 hari cukup setahun aku berada di sini. Cukup setahun aku melambai mama dan abah di KLIA. Cukup setahun tidak bertemu mereka. Rindu membuak-buak di dada. Kasih sayang ibu dan bapa hingga ke syurga. Tidak terbalas rasanya jasa mama dan abah. Jika aku miliki 'calculator' tercanggih di dunia fana ini pun, tiada mungkin aku dapat mengira jerih perih, jasa, deraian manik air mata mereka untuk diri aku. Seorang yang bergelar mama, sanggup berkorban apa sahaja untuk anak terc inta. Bila anak sakit derita, dialah yang di sisi sentiasa, dialah penyembuh luka. Seorang abah yang hebat, bila anak diuji kuat, kerja pun tak jadi buat, terus terbang bertemu anak. Aku ingat, aku masih ingat dan aku akan terus ingat pengorbanan mama dan abah. Takkan aku boleh lupa, Demam aku mama dan abah jaga, Takkan aku boleh lupa, Setiap cebis cinta, Dari kamu berdua.. Takkan aku boleh lupa, Setiap jiwa dan raga, Setiap duit belanja, Setiap cebis selesa, Dari kalian berdua.. Takkan aku

Hujan

Hujan, Kau bawa titisan, Turun tanpa segan, Merembeskan kekesalan, Mengubati luka berpanjangan.. Hujan, Bila turun, Rasa sejuk menyelubung, Rasa sarat terlerai.. Hujan, Sampai kini aku terasa, Sampai bila akan aku rasa, Ketidakpuasan jiwa, Kerakusan dendam sejak mula.. Hujan, Kau redakan amarahku, Kau berikan kesejukanmu, Menyelimuti hatiku, Agar dapatku, Padam segala resah jiwaku.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 942pm, 24 Jan 2015, Manchester, UK

Pengembara

mengembara, dari satu kota, ke kota yang lain bersama.. meredah benua, bersama-sama, mencari redha Maha Esa, melihat ajaibnya dunia.. merentas lautan, terlalu banyak keindahan, tak tergambar lakaran, tak terluah fikiran, syukurku berpanjangan.. melalui rasa, mengetengah jiwa, melengkapi suasana, yang entah bila, diberi ruang masa, untuk bersama-sama, mengulanginya.. Nukilan: WN, 155am, 20 Jan 2015, Manchester, UK

Kau si pemilik cinta

Jika dapat kuhitung keringatmu, Tidak mungkin kumampu, Jika dapat kukira jasamu, Tidak tergambar olehku.. Mohd Aizat, Terima kasih atas cinta, Terima kasih atas bongkah sabar, Terima kasih terima seadanya, Seorang insan kurang segala.. Aku tak bisa mengira penatnya kamu, Jauh kembara menemani aku, Sabar dengan kerenah aku, Melupakan sementara cita-citamu, Kerana ingin bersamaku.. Mohd Aizat, Aku bukanlah insan ternama, Yang layak diberi istimewa, Tapi hanya biasa, Yang punya rasa.. Mohd Aizat, Maaf jika kata ada terguris rasa, Tingkahku ada menyemak mata, Aku tak sempurna.. Mohd Aizat, Kau si pemilik cinta.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 10.53pm, 5 Jan 2015, Manchester, UK

Tidak Kekal

Ombak menderu, Ombak memukul, Pantai tidak seperti dulu.. Manusia, hatinya dipegang yang Esa, masakan pantai yang dikiaskan tidak sediakala, inikan pula perasaan mendiami kita.. perit itu perit, sakit itu sakit, namun sampai masa, Allah SWT cabutkan jua, rasa gelisah jiwa, rasa derita.. tidak terkesan, bukan tiada perasaan, jauh di perantauan, risau mengamit perasaan.. ujian Dia, kita hamba, redha semua, Dia tidak alpa, kira deraian air mata, hadiahi pahala berganda.. sabarlah saudari dan saudara, peringatan ini berharga, untuk sedarkan kita, dahagakan taubat sesungguhnya.. Nukilan: WN, 131pm, 2 Jan 2015, Manchester, UK