Posts

Showing posts from 2017

Portmeirion

There was time while I was still in UK doing my MSc. People keep on telling about Portmeirion. I was still remembering the day that I almost bought it but later on I found out that I did not like it that much. Luckily that I saved my money. Lol. I am not sure what type of person am I. But I love to remember the good old days. Thus, I bought some plates that make me reminiscing the good old days. I still can vividly remember the days while I was still a small kid whereby I ate at my late grandmother house, I used that rosy rosy plate to eat. But the truth is that the plate is not that rosy-rosy, they call it "Bunga Kangkung" pattern. Hahahaha. I am Me. Bear with it. Hahaha. -Mommy Anna

Surat Cinta Untuk Starla

This song is perhaps something that really good to be listening all over your days. It makes me feel really good and feeling flourish. It makes me feel extra ordinary! It makes me feel speacial! Thanks Allah SWT for giving a great idea to the song writer to have written this beautiful song! When WN likes it, therefore this is surely the best so far..

Korea

Korea has always been the place that I wanted to go for travelling. The moment the Korean fever struck Malaysia in 2002, I know that one day I will be experiencing Winter Sonata moment with the person I love. I hope that I can be there as soonest as possible as it has been 15 years after the Winter Sonata was aired in Malaysia. 15years! Dah habis PMR, or should I say PT3? Time surely flies too fast!

Rindu

Rindu membuak membuat aku sesak, Sesak dalam kenangan yang indah, Sesak dengan setiap bicara semalam, tentang sebuah empayar kehidupan yang aku mahukan.. Sebuah mimpi, Sebuah rindu tiada tepi, Membuai rasa nurani, Membuat aku nukil lagi, Tentang sebuah rindu yang terjemah hati.. Rindu aku ada, Seakan bunga, Berkembang mekar mengikut usia.. Rindu yang aku punya, Seakan api yang membara, Marak dan semakin menyesak jiwa, Kerana Kenangan lama, Mana mungkin menghiasi dunia.. Rindu itu memberi cahaya, Tentang harapan yang tertanam lama, Tentang kamu, aku dan dia, Tentang kita.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.26am, 12 Dec 2017

Arahan

Arahan adalah ayat perintah yang ingin memberikan arahan untuk berbuat sesuatu. Bagi aku arahan yang terbaik adalah apabila orang yang memberikan arahan tersebut tak perlu menjerit namun orang yang menerima arahan tersebut dapat mengikuti arahan tersebut. Arahan yang baik juga adalah dengan bahasa yang berkesan di mana orang yang menerima arahan dapat melaksanakan arahan dengan hati yang tidak bungkam. Aku adalah aku, Aku bukan hambamu, Aku bukan bawah kuasamu, Tak perlu nak arah aku! Aku adalah aku, Aku tak perlu nasihatmu, Jika perlu, Aku mohon terlebih dulu.. Tolong reti bahasa, Jangan seenaknya, Bikin aku rasa kecewa, Dari sejak mula.. Tak terkesan kisah duka, Tak terkesan akan merana, Bila sudah punya biaya, Setiap satu rasa tak guna! Aku bukan hamba, Untuk dengar arahmu saja! Aku punya pendirian, Bukan untuk hiasan.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 9.00pagi, 4 December 2017

air mata ibu

Ariana Naqiyyah adalah seorang anak yang aktif dan lasak bermain. Namun, saat ulangtahun kedua (13 November 2017), dia tidak sihat. Dia demam dan cirit lalu membuatkan sambutan hari lahir beliau tidak dapat dijalankan. Adalah sangat sedih kerana mommy belum mampu sediakan kek birthday Anna sebab tak cukup masa. Mengimbau kenangan setahun yang lalu birthday Anna disambut di rumah nenek. Sejurus pulang dari OBS, mommy dan daddy balik Kuala Terengganu untuk sambut hari jadi Anna. Rupanya nenek dah siapkan awal-awal kek Secret Recipe untuk Anna. Maafkan mommy sayang mommy. Mommy bercuti untuk jaga Anna semalam tapi tak dapat keluar belikan Anna kek ulangtahun sebab Anna tak sihat. Mommy doakan Anna sihat seperti sediakala dan mempunyai segala yang seorang insan inginkan di dunia dan di akhirat. Pinjamkan aku sedikit masa, Agar dapat aku teroka, Saat dia membesar depan mata.. Pinjamkan aku telinga, Agar dapat aku senantiasa, Mendengar keluh dan cerita, Dari bebelan si dia..

Pembudayaan Amalan Kitar Semula Dalam Masyarakat

Amalan kitar semula telah lama diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia. Masih terbayang lagu iklan kempen yang kerap dimainkan di televisyen. Seakan baru semalam kempen tersebut rancak berjalan namun hakikatnya telah berbelas tahun berlalu. Aku lihat ada empat warna tong berbeza untuk pelbagai sampah yang berbeza sifat dan medium yang disediakan di sekolah aku. Aku singkap kembali memori bertahun lalu untuk berbicara tentang pembudayaan amalan kitar semula dalam masyarakat berkisar mentaliti, penguatkuasaan dan cukai majlis perbandaran. Mentaliti adalah keadaan atau kualiti kebolehan akal untuk berfikir menurut kamus Dewan. Mentaliti sering menjadi buah topik jika berlaku krisis atau permasalahan di kalangan masyarakat Malaysia. Diomongkan dan dikatakan memiliki mentaliti kelas ketiga merupakan sinis yang masyarakat tidak boleh terima. Namun pemerhatian tetap menunjukkan mentaliti kelas ketiga sangat meruncing di kalangan masyarakat di Malaysia. Tidaklah semua mempunyai mentaliti yang s

Dia penyembuh abadi

Looking back those few days of me being very bad of back biting here and there (it is truth story but then saying bad about someone at the her back even it did true still calculated as back biting and I have accumulated SIN, astarghfirullah, Allah SWT reminds me to be good by giving me flu. When you are having difficulty in life, it does not mean Allah SWT does not love you instead He loves you so much. The tests are there to make you alert and patience to face all the difficulties in life. If life gives you lemon, hence make lemonade! Sour does not mean BAD, Sour means enjoy your tastebud! Happy Monday everyone, working your day with full of smiles

Pemerkosaan Minda

Rasa percaya, Sudah pergi membawa rasa, Rasa hormat bersulam bara.. Aku punya cara, Beza dan beda tidak sama, Aku punya jalan liku, Tiada yang mampu, Jalani apa yang aku laku.. Aku ada impian, Untuk punya harapan, Yang gemilang yang beri gemerlapan, Bukan dicantas sebelum matang! Aku bukan selamanya hamba, Untuk diperkosa minda! Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.11am, 26 Oktober 2017

LIMA

Masa itu berjalan begitu tenang, Jika kita menanti tak kunjung tiba, Namun detik itu begitu deras berdetik, Saat kita disatukan, Malaikat turut turun berdoa, Semua iblis kecewa, Kita disatukan dalam sebuah majlis sederhana.. Kini sudah separuh dekad, Kita lalui bersama, Sudah punya cahaya permata, Ariana tercinta.. Mungkinkah teratak kita, Akan semakin bercahaya? Lima itu angka, Signifikasi kita, Sudah bersama.. Wahai cinta, Walau bukan pertama, Namun didoa yang terakhir punya cinta, Yang aku ada.. Terima kasih beri aku rasa, Terima kasih atas bongkah sabar, Terima kasih atas sulam setia, Yang kau cipta untuk aku sahaja.. Lima, Hanya angka, Namun spesifikasinya beza, Buat kita di hari bahagia.. Selamat Ulangtahun suami tercinta, Bapa kepada cahaya kita.. Nukilan: Isterimu, Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 3.15pm, 10 August 2017

ESOK AKU TIADA

Kalau esok aku tiada, Jika sudah tiba, Jodoh untuk bersama, Carilah yang sudi terima, Ariana yang aku cinta, Sepenuh jiwa.. Carilah yang boleh beri rasa, Yang bisa tenang di jiwa, Yang menerbitkan bahagia.. Suatu masa pasti tiba, Antara kita, Pasti akan ada, Yang menemui Pencipta.. Namun sekiranya detik itu menjelma, Jangan dilupa, Carilah wanita, Bukan betina, Untuk diangkat darjatnya, di tempatku saat diriku masih belum menutup mata.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 13 September 2017
Pada angin yang memberikan rasa dingin, Pada awan yang bergumpal memberi impak gula kapas si penceria, Pada sang suria yang memberi rasa hangat dalam gembira, Aku butuhkan bahagia, Kau beri aku itu rasa.. Namun tanpa Dia, Kalian tiada.. Namun tanpa dirinya, Aku juga tidak sebahagia, Seperti hari ini tiba, Rasa diami jiwa, Berbunga seakan ros mekar, Harumnya mewangi menerobos jiwa yang tadinya tandus, Rasa yang dahagakan rindu, Rasa yang rindukan cinta.. Cinta itu Ariana Naqiyyah Aizat.. Manis itu aku, manis lagi senyum kamu baca karyaku. hehehe Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 10.24am, 13 September 2017

Thank You Abah and Mama

It has been nearly 3 months I have become an officer at KPKT. To be exact an administrative and diplomatic officer (PTD). It has become to my thought that after several years I have become one. After series of postponing the DPA because I pursued my master and pregnant at the same time. For these few months I feel happy to make my parents happy and proud of me. For me being a PTD is something ordinary but for most people PTD is great job. I do not know maybe it is my luck I have been postponing my DPA for 2 times. JPA did contact me in 2014 and 2015 to fill the post. That was in 2014, when I was in UK, there was a number 03-888***** had called me several times. Thus, I called them back. They said that I was offered to become Administrative Officer for 6 months before pursuing the DPA course on October 2014. I have to decline the offer because I just arrived in UK to pursue my MSc in Project Management in Construction. Then in May 2015, JPA sent me offer letter for DPA cours
Masih tergambar memori, Saat aku mula-mula mencari, Apa itu bahagia haqiqi, Yang menjadi dorongan hati.. Katakan tidak pada sang pemusnah jiwa, Katakan tidak pada mereka yang main rasa, Katakan tidak pada yang sementara, Persinggahan mereka kelukaan kita.. Masih aku sedar, Dalam aku mencari akar, Untuk kekal, Aku lupa akar juga akan mereput, Seperti dedaun guguran menyembah bumi.. Yang kekal itu Satu, Yang selayaknya memiliki cintaku, Yang seharusnya kutuju, Untuk ke kekal bersatu, BertemuMu.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 344pm, 27/7/2017

Luka

Izinkan aku buka bicara, Izinkan aku menulis meluah rasa, Rasa terbelenggu menyesak jiwa, Rasa seperti ada yang mencucuk kepala.. Rasa aku ada, Semakin lama semakin tidak selesa, Aku rasa begitu terseksa, Berada dalam satu ketika, Yang aku rasa bahagia aku bina, Tiada! Tercampak dalam rangkan masa, Sewaktu kau mula-mula, Mencintai aku seadanya, Semuanya buat aku bahagia.. Tapi kini mengapa, Sakit pening aku kau kata aku ada-ada, Mana kasih yang kau ada, Untuk aku sejak mula? Aku insan biasa, Perlu orang semai rasa, Perlu dipujuk manja, Bukan ini cara, Kau patut bicara, Dengan aku yang pemendam rasa.. Aku pendendam rasa, Aku terima, Sebab itu aku cerita, Buruk lakuku pada mula, Agar kau sedia, Terima aku seadanya.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 10.33am, 26/7/2017

aku insan biasa terasa bisa

kadang aku tersoal, pada suatu persoalan, dulu aku kau sayang, mengapa kini begini kau layan? kadang aku kembali, pada suatu saat janji, kau sanggup beri, apa saja aku ingini.. kini semua berbeza, aku keluar belanja, duit aku kau seenaknya.. aku tidak faham, kau lupa janji semalam? atau kau pura lupa, yang kau ada kata, aku akan bahagia, didakap cinta, ditatang semua.. aku manusia biasa, kadang rasa bisa, kadang rasa beza, antara kata, yang tidak dikota, dan rasa, yang aku punya, saat sebelum kau ada, aku rasa aku lebih dihargainya.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 1020am, 18 Julai 2017

140608

Memori aku, Pasti wujud kamu, Walau bertahun berlalu, Namun wujud itu, Memori itu.. Kemasan diari, Pasti terselak memori, Tercuit hati, Terakam kembali, Seakan wayang hindi.. Memori aku, Memori kamu, Tetap satu, Tetap teringat waktu, Kau dan aku, Dalam dunia rindu, Suatu masa dahulu.. Kini kita punya beda, Aku ada cita, Mahu kecapi semua, Kau juga ada, Kesayangan si manja.. Kisah kita, Walau bertahun lagi, Allah hadiahi, Untuk menghirup udara duniawi, Tetap terasa di sanubari, Mengapa dulu kita sama-sama lari, Kau ke kanan dan aku ke kiri.. Doa aku, Redha Dia, Adalah seluas semesta, Yang aku puja, Untuk kebaikan kita.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 917am, 14062017

LARI

Kurentap rindu, Dalam hiburan kalbu, Ku mahu kau tahu, Aku ada selalu, Mengingati detik itu, Saat kau dan aku, Bersatu dalam bait lagu, Bermesra dalam suara rindu.. Kucampak waktu, Saat kita bertemu, Jauh kuingat jarak beda, Namun kau dekatkan semua, Untuk aku rasa, Kita tiada beza.. Kupergi halaman pilu, Kerana rindumu bukan untukku, Perginya kau dariku, Kerana kebutuhan restu.. Aku redha takdir ini, Kerana yang terbaik kau miliki, Aku hanya sipi-sipi, Aku perlu lari, Setelah cinta kau untukku pergi... Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 952am, 2 Jun 2017
Kucuba kait rindu, Darimu untukku, Ternyata pilu, Merengut aku.. Kucuba bayang bahagia, Tatkala aku muncul jua, Walau sesaat cuma, Dalam benakmu, Ternyata itu tiada, Aku terlalu meminta.. Nukilan : Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan
Berat, Lelah, Rasa kalah.. Namun tetap aku bangun, Bangkit dari lamunan, Untuk mencapai angan.. Kalah aku dulu, Takkan pernah luput, Dari diari hatiku, Tiada pernah padam, Rasa yang mencengkam.. Rasa tetap satu, Tiada maaf padu, Buatmu.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1.10pm, 28 April 2017, INSARA