Mulianya kamu, Memburukkan aku, Katamu terasa bebanmu, Untuk menceritakan perihalku.. Walau bertahun berlalu, Walau bertahun tak ketemu, Aku tetap di situ, Menanti sesuatu, Aku rasa kamu tahu, Aku bukan begitu, Tapi mengapa sesedap kamu, Memburukkan aku? Aku tahu perihalmu, Akan rasa cebisan cemburu, Sangat membelenggu, Agar aku tidak bersatu.. Mungkin kau mampu, Mengaburi mata itu, Namun semua tahu, Bagaimana perihalmu, Membuat semuanya bercelaru, Bertahun-tahun perkelahian itu, Tak mungkin aku, Lupakan itu.. Sampai kini, Semua belum henti, Kau ingat aku buta serta tuli? Semua ada dalam benak ini, Namun aku bukan seperti kamu sebentar tadi, Takkan aku taburi cerita basi, Sesedap hati, Kerana apa terjadi, Pasti ada balasannya nanti, Dan aku pasti, Suatu hari nanti, Kau termalu sendiri.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1227pm, 29 May 2013