Posts

Showing posts from 2020

Kisah Semalam

 Kisah semalam, Mana mungkin menghilang, Dari suatu kotak ruang, Sentiasa kujulang.. Kisah semalam, Ingin kubukukan, Biar ada kenangan, Sebuah catatan.. Kisah semalam, Aku ingin berlari riang, Namun luka bersarang, Membuat hilang, Sebentuk girang.. Kisah semalam, Biar semua kembali tenang, Kadang datang, Mengusik dan mengulang, Pulang, Ruang dan Peluang, Takkan pernah hilang.. Kisah semalam.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 9.57am, 18 December 2020

Pernah?

Pernah hadir dalam benakmu, Suatu waktu telefon bimbitmu, Tidak ada lagi notifikasi yang kamu tunggu, Tiada lagi pesanan dari kedua orang tuamu, Tiada lagi kata-kata manja dari tercintamu.. Pernah rasa sendiri? Pernah rasa suatu sepi? Pernah rasa cebis sunyi? Kosong , kosong yang tidak terisi.. Bila masih punya pesanan, Bila masih punya saranan, Bila masih punya nasihat, Bila masih punya rakaman, Suara itu, Cerita itu, Rajuk itu, Gaduh itu, Peganglah, Peluklah, Erat dan ketat.. Dunia ini tiada abadi, Semua bakal diambil kembali, Setiap satu yang dipunyai, Jangan kau terduduk meringkuk sepi, Bila semuanya tiada lagi meriahkan suasana tadi.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 4.19pm, 17 December 2020

Pernah Ada

Pernah detik itu, Hadir dalam hatiku, Saat kau pergi, Aku sendiri, Munajat kepada Ilahi, Agar kau kembali, Mengisi ruang sepi.. Pernah detik itu, Menampar aku beribu, Memohon kau jodohku, Namun tidak begitu.. Pernah terjadinya waktu, Detik terluka bila bersatu, Tapi bukan dengan aku, Dengan dia yang aku tahu, Jauh lebih layak bersamamu.. Pernah wujud waktu, Aku berdoa agar bila namamu, Tersebut dalam hariku, Tiada getaran dalam kalbu, Biar luka aku beku, Biar bahagia turut dampingku.. Pernah kau di situ, Di hatiku.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 3.58pm, 17 December 2020

LAGU

 Apabila mendengar lagu, kita seakan dapat kembali ke suatu waktu ketika kita mula-mula menikmati bait-bait lagu itu. Lagu ini membawa aku ke tahun itu, lagu ini membuai aku ketika aku dibuai rindu. Semua pun dalam lipatan kenangan. Lembaran memori itu akan tetap di situ dan terbuka tika terdengar lagu yang membuai rasa ketika semua itu mengusik jiwa. Lagu yang bagus susunan melodi dan lirik memberi kesan kepada emosi. Seakan memujuk tika rajuk, seakan mengiyakan tika perlu sokongan. Tika dibuai rasa sedih, ada lagu yang membuai rasa sedih itu namun ada juga lagu yang beri motivasi untuk tidak lagi bersedih. Kita berhak memilih. Jika dilihat apa yang aku lakukan, aku akan melayan perasaan itu dengan mendengar lagu yang seakan memujuk rajuk, kemudian bila sudah tepu begitu, akan kudengar lagu yang boleh menjentik semangat untuk teruskan perjalanan di dunia. Tiap manusia tak sama minat dan cara. Itu cara aku. Cara orang lain pasti beda. Aku suka lagu yang aku dengar ketika dalam perjalan

Tersesat Dalam Rindu

Bila mahu berakhir, Agar dapat aku kembali, Pada suatu memori, Yang teguh berdiri, Dalam kotak sanubari.. Dalam sejuta kata, Dalam sejuta rindu, Tempat itu salah satu, Mengamit rasa pilu, Terlalu dalam rindu aku, Akan sebuah kenangan lalu.. Bauan udara, Kedinginan suasana, Rindu terus jelma, Teringat setiap saat berada, Saat aku suka, Tiap satu aku rindukan suasana.. Saat tersesat jalan, Menaiki bas keseorangan, Jauh pergi meninggal mimpi, Mengapa jauhnya suasana, Mengapa jauhnya masa, Tidak bertepian rindu ini, Terusan mengetuk akal fikir, Bila mahu berakhir? Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 9.00am, 7 December 2020

Covid

Empat dara bersimpuh di para, Bersimpuh bermain si sempoa, Covid bukanlah teman kita, Tapi seteru kita semua.. Empat dara tepi telaga, Duduk membasuh gelang suasa, Topeng muka jangan dilupa, Cuci tangan bersih sentiasa.. Secangkir susu belum diminta, Sudah sedia di atas meja, Covid bukan mainan kita, Duduk rumah jangan melata.. Pantai Port Dickson tempat berkelah, Membawa diri di hari cuti, Barisan hadapan terlalu lelah, Ayuh bersama menjaga diri.. Pulau Langkawi indah sekali, Tempat lahirnya si cantik Mahsuri, Ujian Covid bukanlah abadi, Mohon Ilahi bawanya pergi.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 3.23pm, 20 November 2020

Teruji

Sebuah perjalanan pengalaman, Berpagian ke Lahad Datu, Penat itu makanan, Puas aku dapat membantu.. Tidak mengharap puja, Sekadar peringatan untuk semua, Covid bukan mainan kita, Duduk rumah jangan melata.. Lihat ke kanan kiri, Kesan Covid bukan sehari, Setahun dua belum tentu lari, Pilihlah untuk jaga diri.. Barisan hadapan terlalu lelah, Tiap keringat cukup barakah, Berpenat dunia tidak kukisah, Asal semua dapat terus menongkah.. Perintah kawalan pergerakan berbeda, Tidak sama buat semua, Ada kehilangan kerjaya, Ada yang tidak punya apa-apa.. Pesanku buat sekian kali, Bersabarlah dengan ujian ini, Kita bukan di syurga abadi, Dunia ini tempat diuji.. Bermunajat pada Ilahi, Agar kita tetap berdiri, Memeluk ujian getir ini, Kerana syurga destinasi dinanti.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 2.32pm, 20 November 2020

Tidak Kekal

Bahagia kutuju, Sebuah yang abadi, Namun di dunia ini, Suka benci berganti, Sedih dan bahagia tidak kekal di sini.. Bila dihadiahi bahagia, Kucup dan dakaplah perasaan itu, Kerana semuanya dipinjam buatmu, Bila tiba waktu, Bahagia bertukar duka.. Bila dihadiahi duka, Bertahan dan selimutkan semua, Percaya ini bukan selama-lama, Bila tiba masa, Duka bertukar suka.. Aku bukan pujangga, Suka dan duka bukan untuk dijaja, Sekadar berkongsi rasa, Tidak suka boleh pilih duka, Tapi bukankah itu penyakit jiwa? Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 12.05pm, 18 November 2020

Jalan

 Jalan ku tuju,  Ke mana akan bawaku, Jalan yang kumeniti, Mana yang dekat di hati.. Lihat dalam suatu masa, Suatu saat yang amatku suka, Daunan kering punya gelora, Memenuhi tiap inci mata, Cantik yang bauannya menerjah minda.. Kususuri kenangan, Memori yang tiada pernah henti, Datang mengetuk sanubari, Suatu waktu yang tak mungkin kembali, Sebuah perjalanan kehidupan.. Walau diberi jutaan, Namun tetap mahu teruskan, Apa yang pernah dalam perjalanan, Kerana tiap satu lipatan, Tiada terbeli wang, Semuanya di memori yang Allah SWT pinjami, Sampai suatu masa sebelum diri ini, Kembali.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.15am, 16 November 2020

Pernah

 Pernah hadir satu ketika, Aku terpana lihat dia, Senyum itu senantiasa, Kekal dalam minda.. Pernah aku rasa, Bodoh aku ada, Punca kita tak senada, Tapi percaya dan redha, Semua ketentuanNya.. Pernah cuba, Memujuk rajuk, Tiada jaya, Kita tak bersama.. Walau nada beza, Walau jauh dunia, Kadang memori menyapa, Aku catat dalam nota, Akan rasa yang ada, Dalam jiwa.. Pernah... Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 12.27pm, 5 Oktober 2020

Kadar Bahagia

 Bahagia itu rasa, Mendiami dalam sanubari, Tidak pernah sama, Tiap insan di dunia.. Ada yang bisa bahagia, Saat didakap tercinta, Saat yang tercinta berada di riba, Saat tersayang dalam pandangan.. Ada yang bahagia tika punya santapan, Telah lama dalam kelaparan, Telah lama tidak rasa indahnya kekenyangan.. Ada yang bahagia jika punya masa, Untuk kembali ke satu masa, Saat si dia, Masih setia menanti di depan mata.. Bahagia itu kadarnya beda, Ada yang bahagia sekadar dapat hirup udara pabila di jeriji bertahun lama, Ada yang ingin kecukupan detik bersama tercinta, Ada yang mahu yang tercinta kembali, Ada yang bahagia saat mewahnya kepunyaan.. Namun tahukah kamu, Pemilik bahagia itu Dia, Dia berhak meniupkan bahagia itu, Kadang tak tercapai akal, Namun secebis bahagia kamu, mungkin beda dengan aku.. Itu kerja Maha Bahagia.. Aku suka kamu, Bahagia lihat kamu, Bahagia bersama tercinta kamu.. Walau kejauhan, Dalam panjatan doa, Kamu hadir berikan ilham untuk aku berkasih, Walau tidak pern

Nikmat

 Banyak. Terlalu banyak. Sama ada kau sedar atau tak. Bersepah nikmat yang kau dapat. Mengapa masih tak sempat. Untuk syukur munajat? Banyak. Terlalu banyak. Jangan dibanding akan mereka yang diberi segala mewah. Sisikan pandang pada mereka yang tidak punya apa. Kau pasti sedar begitu banyak nikmat yang kau dapat. Sampai kau rasa sesak dengan emosi. Kau punya tiap deria. Semuanya beri kau rasa. Namun ada yang ditarik nikmat deria. Tak dapat melihat.  Sukar namun hidup perlu diteruskan. Kau masih berlagak? Syukur itu perlu, Semua itu pinjamanNya. Bila-bila masa, Dia berhak untuk menarik kembali nikmat. Jangan tiba waktu kau tergagau, melihat tak dapat..

Rasa

 Rasa itu aku alami, Suka tika kau senyum, Suka dengar perihal kau, Suka bila teringatkan kau.. Kadang semua orang boleh kata, Sila pergi dari tiap luka, Tapi benarkah aku yang terleka, Sampai luka pun aku rasa bahagia? Saat kau tidak lagi depan mata, Indah memori yang tercipta, Buat aku terleka walau luka, Atau patut aku kata, Itu bukan luka, Namun cebisan sisa, Bahagia.. Yang pernah tercipta, Antara aku dan dia.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 3.43pm, 1 Oktober 2020

Delivering information.

The art of delivering information can be seen in many ways. One of those, will be the art of power point presentation. I admit that I am not good at power point presentation.  But learning it is not that bad. Comparing the slide that I submitted to the boss and the one that has been edited by the boss is a learning process for me. I look back the way my boss edited and organize the information in way much better from mine (obviously).  I look back all the font, the simplification, the design, the orientation and the colour.  Hopefully, I can produce good power point presentation after this.  The process of learning is on going process.  The process that I will treasure along the way, insya Allah.

Ayah

Kesian ayah, ayah sakit.. Suara kecil itu aku dengar tika dia tidak pernah mengerti akan erti sebuah  kematian. Suara kecil ini kehilangan ayahnya yang telah berjuang untuk terus hirup udara. Suara kecil ini memberi sebuah pengajaran. Tiap bernyawa akan merasai mati. Hargai. Tiap kenangan tercipta. Bersama tercinta.. Esok lusa mungkin tiba. Waktu kita dipanggil pula..

Soalan Anna?

Mommy.. Mommy dah tua? Ya mommy dah tua. Daddy? Tua juga. Nenek? Dah Tua juga. Atuk? Dah Tua. Mok long? Tua juga. Kenapa? Anna sedihlah nanti mommy mati, anna nak duduk dengan siapa? Lepas tu, malam itu dia tidur dan terjaga jam 3 pagi dan menangis. Bila tanya kenapa menangis, dia cakap Anna takut gelap sangat dan nak dipeluk. Manja betul anak mommy sekarang. Berfikiran jauh juga..

Syurga Kita

Rasa itu, Adalah sesuatu, Merindu detik itu, Saat semua menjadi cukup indah buatku.. Cuaca itu, Dingin itu, Bau itu, Pandang aku cukup indah berlagu.. Aku mahu, Kembali saat itu, Cukup rindu udara itu, Cukup rindu sampai terawang mindaku.. Mohon Allah SWT kurnia, Cukup segala untuk merasa, Kembali segar udara, Kembali segar mata, Kembali segar semuanya.. Saat rindu bertakhta di jiwa, Aku tahu aku suka tentang suatu masa, Tika kau, aku dan dia bersama, Dalam suatu ruang masa, Di tempat seakan syurga, Syurga kita.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 10.56am, 17 July 2020

Biar

Bila diberi amanah, Jangan bikin nanah.. Bila mahu bantu, Biar jitu, Lega yang dibantu, Puas yang membantu.. Hidup bagai kitaran, Biar tiap pusaran, Terbaik cuba dihamparkan, Biar pahala berkumpulan.. Banyak yang derita, Jangan kau reka cerita, Biar hasil berbicara, Kisah yang indah belaka.. Banyak sudah aku catat, Biar jadi peringat, Agar tiap keringat, Peroleh manfaat.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 12.27pm, 16 Julai 2020

Sakit

Sakit.. Fizikal tiada terluak isi, Terpendam emosi, Suatu tak terjemah erti, Kesannya aku rasa mati.. Sakit.. Mati itu menjadi mimpi, Ilusi igauan sehari-hari, Mati itu pasti, Tapi difikiri menyerabut emosi.. Sakit.. Kesannya sampai kini, Ada masa terkenang kembali, Cuba dilontar ke mentari, Biar memori berduri, Mencair dek bahang sang matahari.. Sakit.. Diari luka menyepi, Biarlah kau terus terpencil, Sehingga saat aku dipanggil.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.08am,  9 Julai 2020

Syukur Selalu

Syukur selalu, Bila lapar menjemput, Masih punya sesuatu buat perut.. Syukur selalu, Bila malam menjelma, Saat gelita memeluk diri, Masih punya lampu untuk beri, Sebuah cahaya yang dinanti.. Syukur selalu, Saat ada setiap satu, Pensel dan buku, Semua lengkap serba satu.. Syukur selalu, Saat mereka bercatu, Kita masih mahu, Dan masih mampu, Makan apa yang terhajat di kalbu.. Syukur selalu, Tidur lena selesa menyelimut, Tak pernah dihurung nyamuk mahu semut, Sampai terlepas tahajud.. Syukur selalu, Tidak berbantal lengan, Tidak berselimut udara, Tidak beratap angkasa.. Jauh sungguh cerita, Antara kau, aku dan dia, Kisah kita berbeza, Nasib kita tak sama, Walau pelbagai ujian menjelma, Kita harus kuat melaluinya, Agar suatu jalan akhirnya kita, Kita menuju syurga yang sama.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 2.44pm, 9 Jun 2020

Rindu

Rindu itu sebuah rasa, Mendiami hati manusia, Buat seseorang yang tiada, Di hadapan mata.. Rindu itu kisah nyata, Sesak di dada, Saat rindu menjelma, Kau yang kupuja.. Rindu itu hanya aku rasa, Sebak itu aku punya, Tiap masa yang tiba, Tiada pernah alpa, Rindu ini menjelma.. Rindu itu suatu sepi, Sepi tidak diisi, Dalam hati tidak memiliki, Secebis ruang di sanubari.. Rindu pada sebuah memori, Yang tak mungkin kembali.. Rindu itu indah, Jika berarah.. Rindu itu indah, Tidak pernah sudah.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 10.45am, 28 May 2020

Seloka Raya (Jauh)

Jauh tak terlihat mata, Namun hati berpaut sentiasa, Lain raya kita, Tiada peluang bersua.. Jauh kampung dan desa, Tidak merasa udara, Suasana aidilfitri di desa, Kerana virus corona melanda, Kami setia di kota.. Jauh dari keluarga, Sayu laungan takbir terasa, Terus berdoa pada Yang Maha Esa, Agar seluruh keluarga, Walau di mana berada, Sentiasa dilimpah cahaya, Dalam rahmat kesihatan sempurna.. Jauh sahabat jua keluarga, Hanya sekadar seloka biasa, Kucoretkan untuk dibaca, Hadiah kepada semua, Pengganti diri yang jauh dari sempurna.. Jauh tangan huluran kasih, Jauh tangan tidak diraih, Jauh sekali mahu merintih, Redha Dia mahu diperoleh.. Jauh sudah seloka ini, Kelaut terdalam sudah pergi, Sekadar menulis untuk mengisi, Ruang kosong di sanubari, Dan sebagai pengganti diri, Untuk ucapkan salam aidilfitri, Buat semua yang mengenali, Terutama En Huzaimi.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.18am, 21 May 2020

Sesal

Sesal membelengguku, Kerana saat dihadiahi ruang peluang, Aku tidak pula pulang, Ke suatu halaman.. Saat ditarik Maha Esa, Ruang peluang ke desa, Aku teriak dalam tawa, Tawa kecewa, Tangis bergema.. Sesal kerana peluang kupunya, Aku sia-sia, Kini peluang tiada, Teresak aku tidak berguna.. Sesal aku sendiri, Menyesali tiap khilaf diri.. Ya Tuhan, Kumohon sebuah harapan, Kembali ke halaman.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 8.56am, 21 May 2020

Pulang

Senyum hilang, Tawa tanpa girang, Aku mahu pulang, Namun dilarang.. Pulang itu aku harapkan, Ke suatu halaman, Secangkir kebahagiaan.. Pulang itu aku tuju, Ke suatu rindu, Sesuatu pilu.. Pulang itu aku mahu, Walau dalam mimpiku, Biar berlalu, Selaman rindu.. Pulang ke suatu ruang, Hadir kau peluang, Biar kembali riang, Di suatu sosok lapang.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 8.47am, 21 May 2020

PELUANG

Mampu merancang, Dia tentukan, Mampu karang, Namun peluang, Hanya Dia pegang.. Diberi peluang, Diberi ruang, Mencari jalan, Untuk pulang, Ke mana hilang? Masih di sini, Tiada pergi, Seakan menyendiri, Namun setia menghantui.. Peluang, Ruang, Buang, Pulang.. Buang, Pulang, Ulang, Peluang.. Adakah peluang untuk mencari ruang jalan pulang? Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 3.49pm, 20 May 2020

Syukur

Tiap yang bernyawa, Pasti diuji Maha Esa, Diuji senang duit melimpah tiada tara, Diuji susah duit nak minum pun tiada.. Tiap yang bernyawa, Diuji Sang Pencipta, Diuji sakit tiada ubatnya, Pelbagai sengsara menyelimuti usia.. Tiap yang bernafas di dunia, Telah dikhabar oleh Maha Kaya, Di sini kita dipentas ujian berjela, Agar yang sabar dan redha, Diberi pahala yang berganda, Syurga yang dirindui semua.. Biar diuji sentiasa, Supaya kental jiwa raga, Biar syukur itu mainan jiwa, Biar redha itu sesungguhnya.. Aku bersyukur akan tiap anugerah, Yang Maha Esa curah, Buat aku terus menongkah, Mencari sinar dalam langkah, Menemui Dia Yang Maha Pemurah.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.29am, 24/2/2020

Grateful

I am grateful with what I have and what I have not had in my life. Looking back to what has happened throughout my journey I feel blessed that I still have my parents and family, husband and daughter, shelter to live, car to drive, food to eat, water to drink and money to be spent. Not all of us have those that mentioned earlier. Some of them have only part of them. Thus, I am forever grateful. Alhamdulillah.

The end of January 2020

Time surely flies really fast. Thank you Allah SWT for all the thing that you have given me. I hope for a betterment in the future. Truth hurts, Silent kills. More positive vibes are good to kick another 11 months of 2020. I am ready to rock!

2020

And the time finally comes. 2020, that has been long awaited since I was in primary school, finally we meet. There are a lot of things that differ from what we have been thought of the 2020. Alhamdulillah, Allah SWT still bless our lives to meet Year 2020. Anna has started schooling at new school, Brainy Bunch. She is too eager to go to that school but after 2 weeks has passed, she looks sad because she is no longer be with me while I was heading to my office. Before this, she was with me when I was heading to the office since her school is at my office. I think time will heal. She will get better in time. She needs time to adjust herself at a new school, with a new environment. She is a strong girl, I strongly believe that! The one who is also being sad is ME. I miss her. Everyday, I can't wait to pick her up. While writing this post, I admit that I miss her a lot.